• Utama
  • Profail
  • Maklumat Korporat

Maklumat Korporat

Kraftangan Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta 222 - Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia tahun 1979 dan Akta A562 - Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Pindaan) 1983. Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia diketuai oleh Pengerusi dan ahlinya yang terdiri daripada Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan wakil daripada agensi kerajaan dan pihak swasta. Pentadbiran Kraftangan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bagi mencapai visi, misi dan objektif Kraftangan Malaysia.


Visi
Menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri kraf negara yang mapan dan berdaya saing.

Misi
Memacu pembangunan industri kraf sebagai pemangkin sosioekonomi yang mampan dan perlindungan seni kraf warisan.

Objektif

  • Memperluas saiz pasaran secara fizikal dan digital serta meningkatkan kesedaran terhadap kraf Malaysia;
  • Membangunkan produk kraf yang mempunyai nilai komersial serta menyelenggara standard produk kraf;
  • Membangun komuniti kraf ke arah pengeluaran, pengurusan dan pemasaran yang moden;
  • Membangunkan modal insan yang berkemahiran dalam seni kraf; dan
  • Memelihara, memulihara dan melindungi seni kraf warisan.
Facebook
Twitter
Instagram
YouTube
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.