Kraftangan Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila berjaya memenangi enam (6) anugerah yang dipertandingkan dalam Majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) 2022 di NSIC Okhla, New Delhi, India pada 22 Oktober 2022.
Program ICA anjuran Craft Village ini merupakan pelantar untuk mengiktiraf sumbangan individu, tukang kraf, artisan, pereka dan organisasi dari seluruh dunia dalam pembangunan inklusif serta kelestarian sektor kraf.
Enam (6) pengiktirafan yang diterima;
• Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kategori: Organisation / Company for Sustainable Development of Craft Sector,
• Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) Lahad Datu, Sabah
Kategori: Village of the Year,
• MYCRAFTSHOPPE
Kategori: Craft Brand of the Year,
• Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd.
Kategori : Organisation / Company for Sustainable Development of Craft Sector,
• Puan Ramtiniwati binti Ramlee
Kategori : Craftperson of the Year (Female), dan;
• Encik Amir Harith bin Mat Kassim
Kategori : Lifetime Achievement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion.
Hadir menerima anugerah ini ialah Puan ‘Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia mewakili Kraftangan Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf!