Pengumuman

30 April 2021

Soal Selidik Definisi Batik Malaysia


Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia sedang melaksanakan Kaji Selidik Definisi Batik Malaysia bagi mendapatkan persetujuan bersama (umum)/ konsensus daripada kalangan masyarakat, pertubuhan/ persatuan, pihak berkepentingan dan pemain industri kraf tekstil batik terhadap Definisi Batik Malaysia yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia. Ia juga merupakan insiatif Kraftangan Malaysia untuk menghasilkan satu definisi yang jelas dan mudah difahami oleh pihak industri dan berkepentingan serta dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap ciri-ciri Batik Malaysia.

Dapatan kajian ini juga akan digunakan bagi penetapangaris panduan yang spesifik untuk pengklasifikasian produk tekstil Batik Malaysia. Penetapan definisi dan ciri-ciri Batik Malaysia ini dapat membantu dan memudahkan semua pihak seperti Kraftangan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan lain-lain bagi urusan kawalan kemasukan produk tekstil dari luar negara, pemantauan dan dokumentasi.

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama tuan/puan untuk meneliti definisi tersebut seterusnya menjawab soal selidik ini dan mengemukakan cadangan sekiranya ada melalui pautan di bawah:

http://upc.mpc.gov.my

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara Β© 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 22/05/23 β€’ Jumlah Pelawat : 21297150
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman