• Utama
  • Perkhidmatan
  • Pengumuman
  • Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA & Inisiatif Pemulihan CENDANA

Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA & Inisiatif Pemulihan CENDANA

PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA) & INISIATIF-INISIATIFNYA

Dalam menghadapi krisis yang sedang berterusan ini dan juga menyedari cabaran yang dihadapi oleh rakyat, perniagaan dan ekonomi secara keseluruhannya, Kerajaan telah dan akan terus mengambil langkah-langkah segera dan proaktif untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan serta memperkukuhkan ekonomi negara. Kerajaan telah menerajui negara dalam menangani keadaan yang mencabar ini dengan memberikan segala tumpuan kepada strategi 6R: Ketegasan (Resolve); Ketahanan (Resilience); Menjana Semula (Restart); Pemulihan (Recovery); Memperkasa (Revitalise); dan Menyusun Semula (Reform). Kini kita telah berada dalam fasa keempat strategi ini, Pemulihan (Recovery), yang mana perlaksanaannya akan di lakukan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 5 Jun 2020. PENJANA menggariskan pelan pemulihan jangka pendek, berdasarkan sesi libat urus dengan penglibatan lebih dari 100 pihak berkepentingan yang terdiri daripada sektor-sektor awam dan juga swasta. Secara kolektif, sebanyak 40 inisiatif yang bernilai lebih RM35 billion telah dirangka bagi memenuhi empat (4) matlamat utama:-

i. Membolehkan Pekerjaan & Mengurangkan Pengangguran;
ii. Memastikan Kemampuan & Menyediakan Kecairan;
iii. Pendigitalan & Pengendalian dalam Kebiasaan Baharu; dan
iv. Meningkatkan Keyakinan Pengguna & Pelabur Pelaksanaan PENJANA ini akan seterusnya berpandukan kepada empat (4) prinsip utama:
(I) Ketangkasan & Dinamik
Inisiatif –inisiatif di bawah PENJANA akan terus diperhalusi berdasarkan keutamaan dan keperluan
(II) Kerjasama Sektor Awam-Swasta -Kerjasama sektor awam-swasta yang terselaras, bukan hanya terhad kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan
(III) Komunikasi & Jangkauan Menyeluruh
Ketelusan dan keterbukaan dalam menghebahkan segala inisiatif serta hasilnya
(IV) Pendekatan Berpandukan Data
Setiap inisiatif dipantau bagi membolehkan langkah-langkah diperhalusi dengan cepat mengikut keperluan dan bagi memastikan bantuan sampai terus kepada penerima manfaat yang disasarkan dengan cepat dan tepat. Data-data daripada 53 kementerian dan agensi dikumpul, dianalisis dan dikongsi dengan agensi-agensi pelaksana bagi tujuan penambahbaikan berterusan melalui unit LAKSANA, iaitu Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Rangsangan Ekonomi Antara Agensi Nasional di bawah Kementerian Kewangan.Bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan, laporan status pelaksanaan langkah- langkah ini dikongsikan setiap minggu oleh Kementerian Kewangan. Kerajaan juga menyedari bahawa keberkesanan dan hasil positif langkah-langkah yang diambil kepada penerima manfaat yang disasarkan ini yang akan menjadi penentu kepada kejayaan program PENJANA.



>INISIATIF PEMULIHAN CENDANA & MyCreative Ventures

>PELAN PENJANA BAGI INDUSTRI KREATIF
>PENJANA-Tourism-Financing-eBooklet-(BM)
>PENJANA-Tourism-Financing-FAQ-BM
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.