online platform

  • MYCraftshoppe

    Merupakan usaha pengukuhan saluran pemasaran produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian (online) berkonsepkan global reach local identity. Pengguna ditawarkan dengan kepelbagaian produk yang terdapat dalam rantaian industri kraf yang merangkumi produk, bahan mentah, rekaan produk, perkhidmatan selepas pembelian dan maklumat berkaitan industri kraf. Buat permulaan, platform ini menghimpunkan kira-kira 400 usahawan kraf yang terdiri daripada pembuat, pembekal hinggalah pengedar.


    Layari http://www.mycraftshoppe.com

  • E-Kraf Bazar


    Inisiatif E-Kraf Bazar telah diperkenalkan menerusi aplikasi media sosial - Facebook Group. E-Kraf Bazar ini merupakan inisiatif pemasaran yang diwujudkan bertujuan memasarkan produk kraf dalam talian bermula 8 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini. E-Kraf Bazar telah diikuti seramai lebih 12,000 ahli yang merupakan kumpulan usahawan kraf dan pembeli/pelanggan serta peminat produk kraf. Inisiatif ini membuka peluang kepada pengguna perkhidmatan dalam talian untuk terlibat dalam memasarkan produk kraf, membeli-belah pelbagai produk kraf (dari lima bidang iaitu tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah, dan, aneka kraf), berinteraksi dan menonton aktiviti demonstrasi kraf secara LIVE serta info-info terkini industri kraf negara.

    ;








    Pautan : https://www.facebook.com/groups/krafbazar

  • CraftOnTheGo

    Craft On The Go merupakan insiatif Kraftangan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan secara digital dalam bentuk mobile apps kepada masyarakat bagi meningkatkan kebolehcapaian maklumat berkaitan usahawan kraf di seluruh Malaysia. Maklumat ini disediakan dalam bentuk direktori yang mengandungi profail usahawan, keterangan produk, imej, maklumat media sosial dan lokasi pusat jualan (outlet). Pengguna boleh berhubung dengan usahawan secara pantas atau terus menuju ke lokasi yang dinyatakan. - Aplikasi ‘CraftOnTheGo’ ini boleh dimuat turun daripada Play Store dan App Store



  • Google Arts & Culture

    KERJASAMA KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA GOOGLE MALAYSIA BAGI PROJEK GOOGLE ART & CULTURE

    Projek kerjasama strategik ini bertujuan memberi peluang kepada masyarakat seluruh dunia melihat, menemui, mengalami dan berkongsi maklumat berkaitan kraf Malaysia dengan menggunakan teknologi terkini. Inisiatif ini juga dapat memperkenal dan mempromosikan produk kraf tempatan kepada masyarakat di peringkat domestik dan antarabangsa dengan mudah, pantas serta efektif. Kerjasama strategik bersama Google Malaysia telah dimulakan semenjak April 2019. Pada 23 Ogos 2019 satu perjanjian bersama di antara Kraftangan Malaysia dengan Google Malaysia telah dimeterai dan pada 22 Februari 2020 gambar-gambar koleksi produk kraf dapat dilayari di platform GAC di ruang carian ’Kuala Lumpur Craft Museum

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.