Maklumat Korporat

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1979). Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia dianggotai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan pihak swasta. Pengurusan dan pentadbiran Kraftangan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bagi mencapai visi, misi dan objektif Kraftangan Malaysia selaras dengan peranannya.

Visi

Menjadi peneraju dalam pemerkasaan industri kraf negara yang mapan dan berdaya saing.

Misi

Memacu pembangunan industri kraf sebagai pemangkin sosioekonomi yang mampan dan perlindungan seni kraf warisan.

Objektif

  • Memperluas saiz pasaran secara fizikal dan digital serta meningkatkan kesedaran terhadap kraf Malaysia;

  • Membangunkan produk kraf yang mempunyai nilai komersial serta menyelenggara standard produk kraf;

  • Membangun komuniti kraf ke arah pengeluaran, pengurusan dan pemasaran yang moden;

  • Membangunkan modal insan yang berkemahiran dalam seni kraf; dan

  • Memelihara, memulihara dan melindungi seni kraf warisan.

  • Utama
  • Korporat
  • Maklumat Korporat

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 06/12/22 • Jumlah Pelawat : 21290965
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman