-
Pengenalan
Kompleks Kraf Melaka merupakan Pusat Kraf Setempat yang terletak di Ayer Keroh, Melaka dan telah beroperasi sejak Oktober 2013. Kompleks Kraf Melaka menempatkan Galeri Kraf yang menghimpunkan pelbagai produk kraf tempatan seluruh Malaysia menerusi Pameran Produk Kraf Baru dan Pameran Kraf Warisan Melaka. Pengunjung juga boleh mendapatkan cenderamata atau ole-ole kenangan di Pusat Jualan Kraf yang menawarkan keunikan produk kraf autentik serta produk ikonik Negeri Melaka. Di samping itu, pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti interaktif kraf sambil mempelajari dan merasai sendiri pengalaman menghasilkan produk kraf. Kompleks Kraf Melaka amat sesuai dikunjungi dan berdekatan dengan pusat tarikan utama pelancongan di Melaka.
-
Waktu Operasi
Dibuka : Setiap hari (Isnin hingga Ahad)
Waktu : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
-
Tarikan Utama
Jualan Kraf
Kedai karyaneka menawarkan pelbagai pilihan produk kraf tempatan yang unik dan menarik dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung. Produk kraf yang dijual seperti hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori serta hiasan dan kelengkapan rumah dari pelbagai bidang kraf.
Pendidikan Kraf
Memberi peluang dan pengalaman kepada pengunjung untuk mempelajari dan mencuba sendiri proses pembuatan produk kraf. Bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba aktiviti ini.
Aktiviti interaktif dan pendidikan kraf yang ditawarkan seperti berikut:
a) Mencanting & Mewarna Batik
b) Mewarna Tabung Seramik
c) Menganyam Bekas & Bakul Rotan
d) Mendekohias Permukaan Tempurung
e) Mendekohias Permukaan Rantai kunci
f) Mendekohias Permukaan Terompah Magnet
g) Membuat Gelang Bermanik dan Tasbih
h) Menganyam Kertas Surat Khabar
i) Membuat Pasu Seramik (Teknik Coilling)
j) Membuat Layang-Layang
Demonstrasi Kraf
Memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melihat sendiri bagaimana produk kraf dihasilkan. Antara aktiviti demonstrasi kraf yang dijalankan ialah mencanting dan mewarna batik, ukiran kayu, anyaman rotan dan pembuatan gasing.
-
Khidmat Iring
Kompleks Kraf Melaka menyediakan perkhidmatan Khidmat Iring Berkumpulan secara percuma kepada semua pengunjung.
Untuk permohonan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai kami Puan Nor Azlinda binti Ahmad Tahir di talian 06-2531500 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
-
Hubungi Kami
Kompleks Kraf Melaka
Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: 06-2531500 Faks: 06-2531510