• Utama
  • Kompleks Kraf
  • Kompleks Kraf Langkawi

Kompleks Kraf Langkawi

  • Kompleks Kraf Langkawi dibina di atas tanah berkeluasan 32 ekar terletak di Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, Pulau Langkawi ini memulakan operasi sejak tahun 1996. Kompleks Kraf Langkawi memperlihatkan seni bina bangunan bercirikan motif kesenian Islam yang mempunyai nilai estetika dengan menekankan penggunaan geometri sebagai perincian pada seni hiasan di dinding bangunan selain diterapkan aksesori hiasan seni bina Melayu.

    Kompleks Kraf Langkawi menempatkan ruang jualan yang menghimpunkan pelbagai produk kraf tempatan termasuk produk kraf ikonik Langkawi. Di samping itu, pengunjung boleh mengenali dan menghayati produk kraf warisan dan adat perkahwinan di Muzium Warisan serta Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Selain boleh mencuba aktiviti interaktif kraf, pengunjung berpeluang merakam momen indah di Dataran Tangga Seribu yang merupakan salah satu ikonik pelancongan di Kompleks Kraf Langkawi.

  • Waktu Operasi

    Dibuka : Ahad hingga Sabtu (setiap hari)
    Waktu : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.



    PEMUZIUMAN DAN PENDIDIKAN KRAF

    Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.



  • Bagi penyertaan aktiviti khidmat iring berkumpulan, sila hubungi pegawai di Kompleks Kraf Langkawi, di talian 013-4997833/ 012-5547607

  • Kompleks Kraf Langkawi Malaysia
    Teluk Yu, Mukim Bohor
    07000 Langkawi.
    Tel:04-9591913 Faks:04-9592340
Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.