Seni Kraf Tenunan Motif & Teknik

Tajuk
Seni Kraf Tenunan Motif dan Teknik
Jenis
Buku
ISBN
9789675237034
Nama Penulis
Panel Penulis Institut Kraf Negara
Tahun Terbitan
2009
Harga

RM19.00 (Kulit Nipis), RM40.00 (Kulit Keras)

Ringkasan Kandungan

Tenunan merupakan lambang kehalusan seni masyarakat Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan motif dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kain Songket Melayu merupakan tenun berkualiti tinggi yang ditenun menggunakan alat tenun tradisional. Dipercayai berasal dari Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Keanggunan kain tenunan terserlah apabila secara tradisinya telah dijadikan pakaian tradisional atau kontemporari. Lazimnya ia digunakan semasa majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan atau penganugerahan pingat kebesaran oleh Raja.

Perkembangan idea motif tradisional dan kontemporari diolah dari pelbagai sumber alam. Motif dan reka corak diilhamkan berdasarkan pengaruh alam persekitaran penenun. Ini dapat mencerminkan bakat yang kreatif dan ketelitian penenun dalam menghasilkan produk tenunan itu. Nilai estetik kain tenun bukan saja dapat dilihat pada reka corak tetapi pada bahan yang digunakan serta kemahiran merancang pembinaan fabrik yang akan dihasilkan. Kepintaran penenun dalam teknik, bahan dan corak dapat memvariasikan penghasilan produk tenunan untuk fesyen semasa di pasaran.

Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:

Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 22/05/23 • Jumlah Pelawat : 21297150
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman