Seni Kraf Seramik Motif & Teknik

Tajuk

Seni Kraf Seramik Motif & Teknik

Jenis
Buku
ISBN
978967523
Nama Penulis
Panel Penulis Institut Kraf Negara
Tahun Terbitan
2009
Harga

RM19.00 (Kulit Nipis), RM40.00 (Kulit Keras)

Ringkasan Kandungan

Buku rujukan seni kraf ini menjurus kepada dua bahagian iaitu motif serta teknik dan proses. Bahagian motif adalah menerangkan proses-proses pengolahan motif dari sumber alam. Kaedah-kaedah pengolahan berdasarkan prinsip rekaan motif diterangkan dengan jelas beserta ilustrasi dan lakaran yang berkaitan. Terdapat dua kategori motif yang diberi penumpuan di dalam buku ini iaitu motif-motif tradisional yang terdapat di tanah Melayu. Motif-motif kontemporari pula diperolehi dari pengumpulan semula rekaan-rekaan bekas pelajar dan pengajar jurusan seni kraf seramik IKN. Bahagian teknik dan proses pula lebih tertumpu kepada kaedah-kaedah pembentukan produk seramik sendiri.

Di dalam bahagian ini, kaedah-kaedah pembentukan tembikar dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian binaan tangan dan juga binaan acuan. Penerangan bahagian binaan tangan, adalah tertumpu kepada empat teknik binaan yang utama iaitu teknik picitan, teknik lingkaran, teknik kepingan dan teknik lemparan alin. Setiap teknik binaan ini diterangkan dengan jelas bermula dari proses penyediaan bahan sehingga proses kemasan akhir produk. Penerangan kaedah binaan acuan pula adalah tertumpu kepada proses penyediaan bahan, model serta teknik pembuatannya. Penerangan tentang peralatan dan mesin juga turut dimuatkan dalam buku ini.

Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:

Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 26/11/22 • Jumlah Pelawat : 21296564
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman