Seni Kraf Batik Motif & Teknik

Tajuk

Seni Kraf Batik Motif dan Teknik

Jenis
Buku
ISBN

9789675237041

Nama Penulis
Panel Penulis Institut Kraf Negara
Tahun Terbitan
2009
Harga

RM19.00 (Kulit Nipis), RM40.00 (Kulit Keras)

Ringkasan Kandungan

Batik, didefinisikan sebagai hasilan kerja tangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai bahan perantara untuk memisahkan atau halangan kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan ke atas permukaan fabrik samada dari jenis sutera atau kapas. Dikenali dalam bahasa Inggerisnya sebagai “wax resist dyeing”.

Proses membatik adalah aplikasi bahan, variasi peralatan, adaptasi rekacorak, inovasi teknik dan ekspresi kreativiti karyawan merealisikan keindahan rekacoraknya. Keindahan batik dinilai dari rangkuman kerja tangan yang diadaptasi melalui pemilihan motif bersumberkan alam semulajadi melalui proses inspirasi penggiat seni kraf berkreativiti, membentuk dan mengolah motif menjadi rekacorak di dalam rekabentuk sejadi, mentidaksejadikan ataupun memujaradkan alam atau halbenda yang dipilih.

Kreativiti ini memberi nafas berinovasi bagi menghasilkan rekacorak yang mementingkan elemen-elemen seni membentuk garisan, tekstura, keseimbangan, pengisian, kesatuan, keharmonian, tona, irama dan ragamhiasnya. Manakala kepandaian pertukangan dan kemahiran penggiat mengendali serta mengawal peralatan terutamanya alatan canting semasa proses melilin berperanan menghasilkan produk yang berkualiti.

Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:

Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 26/11/22 • Jumlah Pelawat : 21296557
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman