Adiguru Kraf Rebana Ubi

Allahyarham Tuan Haji Mahmood bin Abdul Latif

Nama
Allahyarham Tuan Haji Mahmood bin Abdul Latif
Bidang Kraf
Aneka Kraf (Rebana Ubi)
Adiguru
Adiguru Kraf Rebana Ubi
Negeri
Kelantan
Tarikh Lahir
1930 - 28 Januari 1998
Lantikan Pertama
1996
LATAR BELAKANG ADIGURU

Alat muzik terbesar yang terdapat di Malaysia adalah rebana besar. Tingginya hampir 2 kaki dan beratnya 528kg. Rebana besar dibalut dengan kulit dikepalanya dan badannya diperkuatkan dengan kayu-kayu baji. Rebana biasanya dipalu pada sebelah malam di kawasan terbuka. Alat ini dimain berpasang-pasang. Bunyinya agak kuat dan boleh didengar pada jarak yang agak jauh. Salah seorang seorang tokoh tersohor dengan kemahirannya bermain dan membuat alat muzik ini adalah Allahyarham Tuan Haji Mahmood bin Abdul Latif yang merupakan anak jati negeri Kelantan.



Suatu ketika dahulu, rebana ubi juga merupakan media komunikasi tradisional yang kini semakin dilupakan. Allahyarham Tuan Haji Mahmood atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mud di antara pembuat dan pemain rebana yang terkenal serta ternama semasa hayatnya. Beliau dilahirkan pada tahun 1930 di Kampung Jelutong, Kok Lanas di negeri Kelantan. Allahyarham Tuan Haji Mahmood berkebolehan membuat dan bermain rebana yang diwarisi daripada ayahnya yang juga merupakan salah seorang penggiat seni.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Kerja-kerja menghasilkan alat muzik terbesar ini memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi di samping kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi. Beliau membuat rebana dengan menggunakan peralatan tradisional dan moden. Pengalaman beliau yang mendalam dalam pembuatan rebana menjadikan beliau mampu menghasilkan rebana sebiji dalam masa satu bulan dengan kadar hanya RM1,500.00 sebuah.



Selain berkepakaran dalam pembuatan rebana ubi, merupakan ketua kumpulan rebana bagi Kampung Sokor dan telah memimpin persatuan ini hampir 15 tahun dan sepanjang pimpinan beliau kumpulan ini telah berjaya memenangi beberapa pertandingan anjuran kerajaan dan swasta antaranya di Stadium Negara pada tahun 1996 di bawah anjuran PEPSI. Persembahan utamanya adalah setiap petang Isnin dan Rabu yang diadakan di Gelanggang Seni Kota Baharu, Kelantan.



SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT

Kemahiran serta pengalaman beliau dalam bidang ini menjadikan beliau sebagai salah seorang penduduk terpenting di kampung beliau dan sering menjadi pakar rujuk dalam sebarang permasalahan penduduk setempat. Ketokohan, keterampilan dan pengalaman beliau menjadikan beliau mampu bersaing bersama alat-alat muzik yang lainnya.



Bagi menghargai jasa dan perjuangan beliau dalam mengekalkan seni warisan ini, Kraftangan Malaysia telah melantiknya sebagai Adiguru Kraf Rebana Ubi pada tahun 1996. Beliau telah meninggal dunia pada 28 Januari 1998. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di dalam golongan yang beriman.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 06/12/22 • Jumlah Pelawat : 21290949
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman