Adiguru Kraf Ukiran Kayu

Allahyarham Latif bin Long

Nama
Allahyarham Latif bin Long
Bidang Kraf
Hasil Rimba
Adiguru
Adiguru Kraf Ukiran Kayu
Negeri
Kelantan
Tarikh Lahir
22 Disember 1946
Lantikan Pertama
2018
PENGENALAN
Allahyarham Latif bin Long adalah seorang pengukir kayu yang sangat dedikasi terhadap hasil karya yang dihasilkan. Hasil rekaannya pernah dijadikan hiasan pintu serta dinding di bebebrapa bangunan besar, termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di London, Tokyo, Hong Kong dan Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau sangat mahir mengukir pelbagai jenis ukiran seperti Singahsana Istana, mimbar masjid, rumah tradisional Melayu,sarong keris, ukiran pintu, siling berukir dan dinding.



Beliau mendapat pingat sebagai Ahli Mangku Negara setelah menyiapkan Singahsana Istana Negara, Kuala Lumpur iaitu semasa Pertabalan DYMM (SPB) Yang Di Pertuan Agong ke VII iaitu Sultan Hj. Ahmad Shah Pahang pada 06 Oktober 1980. Beliau terkenal sebagai pengukir kayu tradisional di Kelantan. Kemahirannya mengukir, termasuk mimbar masjid yang menjadikan nama beliau terkenal bukan sahaja di dalam, malah di luar negara.


Allahyarham Latif bin Long adalah merupakan seorang yang sangat berdedikasi ketika hidupnya dalam menghasilkan ukiran kayu yang sangat halus. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember 1946. Beliau telah bergiat dalam ukiran kayu ini sejak dari tahun 1955 semasa remaja dan daripada ilmu yang diperturunkan oleh bapa beliau. Kesungguhan beliau dalam menghasilkan ukiran kayu, telah membawa beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Kelantan Wood Carving. Beliau telah berkahwin dan mempunyai sembilan orang anak. Pada awal penglibatan, Che Latif telah membuka sebuah bengkel secara kecil sahaja di laman rumahnya yang beralamat Batu 1 ¼ , Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Ketika berumur 17 tahun, beliau telah mula membuat kajian dari segi Sarong Keris dan Ulu Senjata Melayu di merata–rata tempat daerah, kampung – kampung di seluruh negeri. Kebolehan beliau dalam bidang ukiran kayu tiada tandingannya. Keunikan ukiran beliau ialah corak Bunga Lada Hitam pada mimbar serta teknik ukiran Tebuk Timbul Silat.

PENCAPAIAN
Allahyarham Latif bin Long juga menghasilkan produk-produk khas yang dijual kepada pihak organisasi atau individu tertentu yang membuat tempahan khas. Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau telah menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, kursus jangka pendek serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat yang berminat dalam bidang ukiran kayu. Allahyarham Latif juga pernah menjadi guru pengukir yang dikelolakan oleh Lembaga Kraftangan Malaysia di Temerloh, pahang pada 1 April 1975. Oleh sebab kesungguhan beliau dalam menghasilkan produk-produk ukiran kayu dengan rekacorak yang tersendiri, beliau telah dianugerahkan sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu pada 2018.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

  • Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kemaskini : 26/11/22 • Jumlah Pelawat : 21296557
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman