-
Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2019
Dirasmikan oleh :Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
Tarikh : 28 Februari 2019
Masa : 10.30 pg
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur -
OBJEKTIF
Memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara.
TEMA
Memperkasakan Komuniti Kraf
merupakan usaha berterusan Kraftangan Malaysia dalam memastikan industri kraf terus lestari. Ia dilaksanakan menerusi Program Pemasaran Kraf,Satu Daerah Satu Industri - Produk Kraf, Rekabentuk dan Pembangunan Kraf, Pembangunan Kemahiran Kraf dan Jejak Warisan Kraf.
KONSEP
Membudayakan Kraf Dalam Gaya Hidup
Konsep ini dipilih bagi menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini. Fungsi dan kegunaan produk kraf dalam pelbagai aspek meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini. -
-
Pameran
- Pameran Produk Kraf Komuniti Ku Pameran produk Kraf Komuniti Ku (KKK) dalam satu ruang pameran (pavilion) termasuk aktiviti demontrasi kraf bagi mempamerkan aktiviti Kraf Komuniti Ku yang telah dilaksanakan oleh Kraftangan Malaysia.
- Pameran Produk Baru Kraf & Reka Hias
- Pameran reka bentuk produk baru segmen hiasan dalaman.
- Penggunaan motif identiti Malaysia yang seragam untuk semua bidang kraf.
- Pameran produk kraf baru bagi program kolaborasi:
- Blaine Robert (Designer)
- Momento Design (Cenderamata)
- Pameran Produk Baru Kraf Anyaman Pameran dan jualan produk kraf anyaman ((bemban, buluh, ribu-ribu, rotan, daun serdang, mengkuang dan pandan)
- Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
- Pameran dan jualan produk kraf anyaman (mengkuang, buluh, rotan dan bemban)
- Jurusan Seni Kraf Batik
- Jurusan Seni Kraf Tenunan
- Jurusan Seni Kraf Seramik
- Jurusan Seni Kraf Kayu
- Jurusan Seni Kraf Logam
- Jurusan Seni Kraf Rotan
- Wall of Fame
- Pameran Worldskills
- Pameran dan jualan produk kraf anyaman (mengkuang, buluh, rotan dan bemban)
- Pameran Pematuhan Standard
-
Pameran berkaitan proses pengujian standard batik dan songket
- Demo peralatan pengujian mudah seperti pick counter.
-
Pameran berkaitan proses pengujian standard batik dan songket
- Pameran dan Pendidikan Kraf Warisan
- Jenis-Jenis Tekstil Warisan
- Kegunaan Tekstil
- Rahsia Tekstil
-
Jualan Kraf
-
Padanan Perniagaan
-
Demonstrasi Kraf
- Demonstrasi Kraf Anyaman
- Pandan & Mengkuang
- Ribu-ribu
- Bemban
- Daun Serdang
- Rotan
- Buluh
- Nipah
- Demonstrasi Institut Kraf Negara
- Semua jurusan Seni Kraf IKN
- Demonstrasi Kraf Anyaman
-
Demonstrasi & Jualan Makanan Tradisi Malaysia
Demonstrasi dan jualan makanan menggunakan teknik bungkus dan kukus- Pulut Udang, Ikan Masin & Sambal
- Tepung Bungkus
- Apam Nasi & Pisang Kukus
- Kuih Talam Keladi & Tepung Berlapis
- Kuih Lopes
- Kuih Koci Labu & Pulut Hitam
- Jagung Kukus Dan Pisang
- Ayam Pansuh & Ketupat Nasi
- Lepat Pisang, Labu, Kelapa
-
Persembahan Kesenian
“CRAFTAINMENT”- Gendang 1Malaysia
- Tarian Magunatip (Etnik Sabah)
- Muzik Tradisional & Contemporary
- Dikir Barat
- Buskers
- Persembahan IKN
- KuSekolah-Sekolah (Tarian Tradisi) kumpulan Kesenian
- Tarian Orang Asli Bah Bola
-
Bicara Kraf
Sesi perkongsian ilmu dan tips menjurus kepada perbincangan, cerita kejayaan, info pasaran, kewangan dan asas perniagaan serta keusahawanan.
- Success Story usahawan kraf
- Dana Tabung Pelancongan PKS
- Sejarah dan perkembangan tekstil di Malaysia
- Pemerkasaan tekstil sebagai kraf warisan sepanjang zaman
-
Pendidikan & Interaktif
- Permainan Nostalgia
- Permainan masyarakat Melayu pada zaman dahulu terutamanya di kalangan Kerabat Diraja dan rakyat jelata. Antaranya Gasing, Congkak, Sepak Raga dan Memanah.
- Pembuatan Kraf
- Memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dan mencuba dalam pembuatan seni kraf secara lebih dekat.
-
Taman Kraf Digital
Pameran ini bakal memberi pendedahan kepada pengunjung dengan pengalaman digital menerusi aktiviti-aktiviti seperti Virtual Assistant, Augmented Reality (AR), Digital Craft Book, Virtual Shop (e-Commerce), Chatbot, QR-Code AR, Interactive Wall dan Virtual Reality.
Ia merupakan satu pendekatan baru kepada pengunjung terutamanya golongan belia untuk memahami dan merasai sendiri evolusi teknologi kraf. Elemen-elemen berteraskan adaptasi Revolusi Industri 4.0 seperti pengkodan (QR-Code), pembuatan model 3D (3D modelling), simulasi, animasi dan pelbagai pameran interaktif ditampilkan menerusi pendigitalan aktiviti pembangunan rekaan dan produk, pendidikan, pemasaran dan pembuatan kraf.
Pendekatan ini berupaya menjadi medium penyampaian maklumat yang berkesan melalui pembangunan kandungan digital yang interaktif dan menarik.
-
-
-
Ruang Parkir Kenderaan
- Badan Warisan Malaysia (Jalan Conlay)
- Hotel Royale Chulan (Jalan Conlay)
- Eton House Jalan Eton
- Malaysia Design Development Center (Jalan Kia Peng)
- Parkir Hospital Prince Court
-
Perkhidmatan shuttle percuma disediakan dari lokasi parkir ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Kawalan Keselamatan & Perubatan- Anggota RELA
- Kawalan kawasan parkir pengunjung dan kawalan lalu lintas dari jam 9 pagi -12 malam.
- Paramedik - APM
- Perkhidmatan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan dari jam 10 pagi – 10 malam.
- Pengawal Keselamatan
- Kawalan keseluruhan Kompleks Kraf serta kawasan dalam dan luar khemah
-
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan ( HKK 2019 ) pada 28 Februari hingga 11 Mac 2019, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
‘Membudayakan Kraf Dalam Gaya Hidup’ merupakan konsep yang dipilih bagi penganjuran kali ke -17 ini dengan menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini.
Pengunjung berpeluang mendapatkan produk kraf selain acara-acara menarik yang diadakan antaranya Pameran Komuniti Kraf Anyaman, Pameran Produk Baru : Kraf & Reka Hias serta Pameran dan Pendidikan Kraf Warisan : Khazanah dan Pendidikan Kraf Warisan. Pengunjung turut berpeluang melihat demonstrasi masakan makanan tradisi berkonsepkan ‘bungkus dan kukus’, persembahan kesenian dan aktiviti menarik yang lain.
Bersempena dengan HKK 2019, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput para pengunjung untuk memeriahkan HKK 2019 dengan menyertai aktiviti Khidmat Iring yang dianjurkan oleh pihak kami.
Aktiviti – Aktiviti HKK 2019
- Jualan Kraf
- Padanan Perniagaan
- Pameran
- Pameran dan Jualan Produk Kraf Komuniti Ku
- Pavillion Komuniti Kraf Anyaman
- Pameran Produk Baru : Kraf & Reka Hias
- Pameran Teknologi Kraf
- Pameran Dan Pendidikan Kraf Warisan : “Khazanah Tekstil Warisan”
- Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
- Demonstrasi Kraf
- Demonstrasi & Jualan Makanan Tradisi Malaysia
- Persembahan Kesenian
- Bicara Kraf
- Pendidikan & Interaktif Kraf
- Khidmat Iring
- Aktiviti Galakan Pengunjung
>>muat turun Borang Lawatan Khidmat Iring HKK 2019Sila kembalikan Borang Lawatan Khidmat Iring HKK 2019 yang telah lengkap melalui faksimili 03-2161 1501 ataupun e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
Alamat:
Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Telefon:
(603) 2162 7459/7533
Faks:
(603) 2161 2622