• Home
  • Profile
  • Certification & Achievement

Sijil & Pengiktirafan

  • KEJAYAAN / PENCAPAIAN 2019

    1. 3rd International Craft Awards


    7 Disember 2019 - Kraftangan Malaysia memenangi dua(2) anugerah bagi kategori Craft Institute / Academy of the Year kepada Institut Kraf Negara (IKN) dan Village of the Year -Kraf Komuniti Ku - Kampung Batu Lunguyan, Sook, Keningau, Sabah di 3rd International Crafts Awards. Penganugerahan ini diberikan oleh Craft Village India iaitu satu pertubuhan sosial dari New Delhi yang juga merupakan ahli di dalam World Craft Council - Asia Pacific Region (WCC-APR) dan disampaikan di Tropical Forrest, GMR Square, GMR Aerocity, New Delhi, India.

    2. Anugerah Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA)


    3 Disember 2019 - Kraftangan Malaysia telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada agensi kerajaan yang mematuhi kriteria wajib yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Akauntan Negara Malaysia, iaitu Dr. Yacob Mustafa dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA yang telah diadakan di Holiday Villa Johor Bahru, Johor.

    3. Pelantikan Kompleks Kraf Langkawi Sebagai Rakan Langkawi UNESCO Global Geopark


    22 April 2019 - Kompleks Kraf Langkawi telah dilantik oleh pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai Rakan Langkawi UNESCO Global Geopark untuk tahun 2019 - 2021. Plak dan sijil pelantikan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Hezri Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif LADA). Pelantikan ini berdasarkan keupayaan Kompleks Kraf Langkawi mengamalkan amalan lestari bagi membantu memampan persekitaran semula jadi, meningkatkan pengalaman pengunjung dan mengekalkan budaya dan ekonomi masyarakat setempat.
  • Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia Bidang Jewellery 2018



    Nur Fatihah bt Hassan, Pelajar Insitut Kraf Negara
    (Pemenang Pingat Gangsa Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia Bidang Jewellery 2018 sempena Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018).

    Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

    a. Sijil SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

    b. Sijil IQNet
  • Rekaan Duit Syiling sempena Ulang Tahun ke-60 Arkib Negara Malaysia
    Pemenang pertama : En Ridzuwan bin Mohamad (Jurusan Seni Kayu, Insitut Kraf Negara)



    Pertandingan Rekaan Produk Kategori Moden (The Craft Master 2017) anjuran MyCreative Ventures Sdn Bhd


    Pemenang Tempat Kedua : Encik Muhammad Azhar bin Ismail (Jurusan Seni Kraf Seramik, Institut Kraf Negara
    Produk :Dekstop wrist Rest Cushion


    Pemenang Tempat Kedua : Encik Nazri bin Zakaria (Kraftangan Malaysia Cawangan Perak)
    Produk : Lampu Hiasan Seramik

  • Perakuan Akreditasi Penuh bagi 12 program Sijil dan Diploma Insitut Kraf Negara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)



    Anugerah Hak Asasi Manusia (KATEGORI AGENSI KERAJAAN) jpg

Facebook
Twitter
Instagram
QR Code 
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.