In an effort to restore the country's economy affected by the outbreak of the Covid-19 pandemic, the government has introduced the National Economic Regeneration Programme or PENJANA through the Prihatin Economic Stimulus Package (PRIHATIN) announced by the Prime Minister of Malaysia on 5 June 2020. PENJANA focuses on three main thrusts - Empowering the People, Boosting the Business, and Stimulating the Economy. Under the thrust Empowering the People - Skilling and Upskilling Programme Initiatives, Kraftangan Malaysia, an agency under the Ministry of Tourism, Arts and Culture of Malaysia, will implement two skills development programmes, namely the Skills Apprenticeship Development Programme and the Community Skills Development Programme.
Program ini menawarkan kemudahan latihan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada belia, penganggur dan individu yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 bagi menawarkan peluang pekerjaan bersama usahawan kraf terpilih. Program ini membantu usahawan kraf mendapat tenaga kerja mahir dan memastikan perusahaan yang dijalankan dapat diusahakan secara berterusan dan lebih berdaya saing.
Objektif
Mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri kraf.
Kumpulan Sasar
• Graduan Institut Kraf Negara
• Graduan IPTA/IPTS
• Belia/Beliawanis
• Penganggur
Jenis Latihan
Program Pembangunan Perantisan Kemahiran merupakan latihan kemahiran teknikal dan keusahawanan tenaga kerja mahir yang dilaksanakan di premis pengeluaran usahawan kraf terpilih mengikut bidang yang telah ditetapkan.
Kerjasama
Bagi memastikan pelaksanaan program ini mencapai objektif pelaksanaan dan kumpulan sasar yang ditetapkan, Kraftangan Malaysia menyasarkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan program. Berikut merupakan pihak yang terlibat dalam Program Pembangunan Perantisan Kemahiran :
• Usahawan kraf
• Agensi Kerajaan/Swasta
• IPTA/IPTS
• Yayasan/NGO/Persatuan
Kaedah Pelaksanaan
Program Pembangunan Perantisan Kemahiran dilaksanakan melalui kaedah Place and Train di mana peserta akan ditempatkan bersama usahawan terpilih selama 6 bulan dan diberi latihan kemahiran untuk menjadi tenaga kerja mahir kepada usahawan tersebut.
Pelaksanaan program ini merupakan platform untuk membantu usahawan kraf mewujudkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang kraf sekali gus dapat membantu usahawan kraf sedia ada mempertingkatkan pengeluaran produk kraf.
Selepas tamat tempoh latihan, peserta akan menjadi pekerja mahir syarikat dan diwajibkan bekerja secara sepenuh masa/sampingan untuk tempoh sekurang – kurangnya 12 bulan.
Negeri | : Langkawi, Kedah |
Syarikat | : Jafiqa Couture |
Bilangan pelatih | : 4 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Batik |
Negeri | : Terengganu |
Syarikat | : Manang Songket Sdn Bhd |
Bilangan pelatih | : 2 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Songket |
Negeri | : Sarawak |
Syarikat | : Lamin Dana – Diana Rose |
Bilangan pelatih | : 2 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Batik Linut |
Negeri | : Sarawak |
Syarikat | : Syarikat Seri Gedong |
Bilangan pelatih | : 7 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Tenunan Songket Sarawak |
Negeri | : Pahang |
Syarikat | : Cheminahsayang Sdn Bhd |
Bilangan pelatih | : 4 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Tenun Pahang Diraja |
Negeri | : Langkawi, Kedah |
Syarikat | : Ilham Ceramic Studio |
Bilangan pelatih | : 1 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Seramik |
Negeri | : Langkawi, Kedah |
Syarikat | : Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd |
Bilangan pelatih | : 2 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Kristal |
Negeri | : Selangor |
Syarikat | : Bangkita Studio Seramik |
Bilangan pelatih | : 1 Orang |
Tarikh latihan | : 1 Oktober 2020 – 31 Mac 2021 |
Produk | : Seramik |
Program Pembangunan Kemahiran Komuniti merupakan program latihan kemahiran kraf yang dilaksanakan bagi membangun dan memperkasa komuniti kraf untuk melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf bagi menjana pendapatan utama/sampingan.
Objektif
Membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf untuk menjana pendapatan utama/sampingan.
Kumpulan Sasar
• Belia/Beliawanis
• Asnaf
• Golongan B40 (bandar/desa)
• Orang Asli
• Etnik Sabah
• Etnik Sarawak
• Penganggur
• Kumpulan Rentan (Ibu Tunggal, OKU dan Warga Emas)
Jenis Latihan
Pelaksanaan Program Pembangunan Kemahiran Komuniti merangkumi aktiviti seperti berikut:
• Pembangunan dan pengeluaran produk
• Keusahawanan
• Pemasaran
• Simulasi Perniagaan
Kerjasama
Bagi memastikan pelaksanaan program ini mencapai objektif pelaksanaan dan kumpulan sasar yang ditetapkan, Kraftangan Malaysia menyasarkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan program. Berikut merupakan pihak yang terlibat dalam Program Pembangunan Kemahiran Komuniti :
• Usahawan kraf
• Agensi Kerajaan/Swasta
• IPTA/IPTS
• Yayasan/NGO/Persatuan
Kaedah Pelaksanaan
Program Pembangunan Kemahiran Komuniti dilaksanakan melalui kaedah Train and Place di mana peserta akan diberi latihan kemahiran oleh Kraftangan Malaysia berdasarkan bidang kraf yang telah ditetapkan. Program ini akan dilaksanakan melalui 4 inisiatif iaitu pembangunan produk, pembangunan komuniti kraf, pasaran dan promosi serta komunikasi pasaran bersepadu. Melalui pelaksanaan 4 inisiatif ini, peserta akan dilatih dari aspek kemahiran dan keusahawanan bagi memastikan peserta mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam perusahaan kraf. Penyertaan dalam program ini mampu meningkatkan kebolehpasaran golongan sasar untuk mendapatkan pekerjaan atau menjadikan perusahaan kraf sebagai kerjaya sepenuh masa/sampingan.
Tarikh Program | : 28 September - 2 Oktober 2020 |
Tempat | : Kampung Binjal, Kangar, Perlis |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Batik Ikat Celup dan Pelitup Muka (Face Mask) |
Tarikh Program | : 27 September - 29 September 2020 |
Tempat | : Kompleks Kraf Langkawi, Kedah |
Bil Peserta | : 18 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Batik Ikat Celup |
Tarikh Program | : 21 September - 24 September 2020 |
Tempat | : Pusat Inkubator Kraf Balik Pulau |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Tudung dan Sapu Tangan |
Tarikh Program | : 28 September – 30 September 2020 |
Tempat | : PPDK Lempor Manong, Perak |
Bil Peserta | : 21 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Beg dan Pelitup Muka (Face Mask) |
Tarikh Program | : 28 September – 30 September 2020 |
Tempat | : PPDK Lenggong, Perak |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : T-shirt Ikat celup |
Tarikh Program | : 28 September – 30 September 2020 |
Tempat | : Desa Kraf Lonek Bahau,N.Sembilan |
Bil Peserta | : 15 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Kelarai Buluh |
Tarikh Program | : 17 September – 18 September 2020 |
Tempat | : Homestay Telok Pelanduk, Port Dickson, N.Sembilan |
Bil Peserta | : 15 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Beg Rotan |
Tarikh Program | : 19 September – 20 September 2020 |
Tempat | : Kampung Tanjung Rimau Alor Gajah, Melaka |
Bil Peserta | : 29 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Bakul Rotan |
Tarikh Program | : 26 September – 27 September 2020 |
Tempat | : Kampung Ayer Molek Kuala Sungai Baru Alor Gajah, Melaka |
Bil Peserta | : 25 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Pelitup muka (Face Mask) |
Tarikh Program | : 26 September – 27 September 2020 |
Tempat | : Kampung Ayer Molek Kuala Sungai Baru Alor Gajah, Melaka |
Bil Peserta | : 25 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Alas Pinggan dan Bakul Rotan |
Tarikh Program | : 28 September – 2 Oktober 2020 |
Tempat | : Felda Bukit Easter, Kota Tinggi Johor |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Alas Cawan, Kotak Mengkuang dan Bekas Dodol |
Tarikh Program | : 21 September – 23 September 2020 |
Tempat | : Komuniti Homestay Felda Tenang Labis, Johor |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Alas Pinggan, Cawan dan Bakul Telur |
Tarikh Program | : 15 September – 18 September 2020 |
Tempat | : Kampung Buduk Nur Ba’kelalan Lawas, Sarawak |
Bil Peserta | : 20 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Selendang dan T-Shirt Batik Eco- Print |
Tarikh Program | : 22 September – 25 September 2020 |
Tempat | : Komuniti Kampung Tellian Tengah Mukah |
Bil Peserta | : 18 Orang |
Produk Yang Dihasilkan | : Kain Pasang |