Seni Kraf Rotan Motif & Teknik

Tajuk

Seni Kraf Rotan Motif & Teknik

Jenis
Buku
ISBN
9789675237065
Nama Penulis
Panel Penulis Institut Kraf Negara
Tahun Terbitan
2009
Harga

RM19.00 (Kulit Nipis), RM40.00 (Kulit Keras)

Ringkasan Kandungan

Seni kraf rotan merupakan satu seni warisan yang mempunyai nilai seninya yang tersendiri dan dikenali juga sebagai kraf rakyat. lanya telah lama bertapak sebagai produk gunaan harian masyarakat setempat. Persamaan kraf rotan dengan kraf serat hasil rimba, adalah pada asas teknik anyamannya yang terdapat di seluruh dunia. Kraf rotan ini mempunyai nilai keindahannya yang tersendiri. Nilai estetik dilihat pada kesempurnaan bentuk yang dihasilkan melalui pemilihan rotan, kesesuaian teknik kekemasan dan makna. Makna memberikan identiti dan jiwa kepada produk kraf rotan tersebut.

Buku ini adalah himpunan asas-asas teknik dan juga contoh-contoh motif yang dikembangkan. Motif-motif yang bersifat tradisional dan juga kontemporari dihasilkan melalui proses-proses meniru alam, menggayakan alam dan memujaradkan alam. Proses-proses ini memberikan gambaran yang lebih jelas di dalam perkembangan sesebuah produk hasil kraf rotan.

Asas-asas bahan rotan, penggunaan peralatan dan juga teknik-teknik asas kekemasan turut dimuatkan di dalam buku ini. Hampir 800 ilustrasi termuat di dalam buku seni kraf rotan motif dan teknik ini dan sesuai dijadikan sebagai satu rujukan asas.

Semua terbitan Buku Siri Akademik Seni Kraf boleh diperolehi di Unit Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod dan Pusat Sumber), Institut Kraf Negara (IKN) yang beralamat di:

Institut Kraf Negara
No.1, Km.20, Jalan Ipoh-Rawang,
Taman Rekreasi Templer,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Puan Jusnita Heriani binti Hairunnas di talian 03-6091 5322 samb. 143

Malaysian Handicraft Development Corporation

  • Kuala Lumpur Craft Complex, Section 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Copyright Reserved © 2021 Malaysian Handicraft Development Corporation. Updated : 26/11/22 • Total Visitor : 21296556
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map