There is no translation available.
PENGLIBATAN AWALPuan Dayang Norsalam binti Pengiran Parsih dilahirkan di Kampung Hulu Rejang, Sarikei, Sarawak. Beliau dibesarkan dalam lingkung keluarga yang mempunyai kemahiran menenun. Walaupun pernah menerima pendidikan di peringkat sekolah, namun beliau lebih mempunyai cenderung untuk meneruskan perusahaan warisan keluarga ini. Kemahiran menenun yang dipelajari oleh Puan Dayang sejak usia remaja telah mendapat galakan daripada keluarga untuk terus menceburi bidang tenunan ini.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASIBeliau memiliki bakat yang tinggi dan kreatif dalam mengadun keindahan dan penuh ketelitian pada setiap reka corak kain yang akan ditenunnya. Corak Emas Rebung, Kayak Tersusun, Bunga Semalu, Bunga Mawar dan Bunga Cabit merupakan antara reka corak yang dihasilkan oleh Puan Dayang.
SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKATSongket tenunan Puan Dayang dikenali bukan sahaja di Sarawak malah hingga ke Semenanjung Malaysia dan juga Brunei. Beliau mewariskan kemahiran ini kepada anak dan generasi muda agar ianya tidak dilupakan begitu sahaja.

Bagi menghargai usaha dan sumbangan yang diberikan, pada tahun 1985, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai
ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET SARAWAK.