Adiguru Kraf Batik Terap/Blok

Ibrahim bin Ismail

Nama
Ibrahim bin Ismail
Bidang Kraf
Tekstil
Adiguru
Adiguru Kraf Batik Terap/Blok
Negeri
Kelantan
Tarikh Lahir
29 November 1953
Lantikan Pertama
2018
There is no translation available.

PENGENALAN
Haji Ibrahim bin Ismail mula bekerja dibidang pembuatan batik terap dengan Bapa Saudara beliau iaitu Mohd Nor Bin Che Ahmad. Kerja-kerja membuat batik terap dimulai di bawah rumah sendiri di Kg. Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Di bawah rumah itulah dijadikan sebagai bengkel bagi menghasilkan batik terap pada permulaannya. Kain batik terap yang siap akan dijual kepada individu dan peniaga kain batik yang mengambil secara borong di bengkel beliau.

Encik Ibrahim bin Ismail merupakan seorang usahawan dalam pembuatan batik terap di Kelantan yang telah bergiat aktif sejak dari tahun 1986 . Beliau telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 29 November 1953. Beliau telah berumahtangga dan memperoleh sepuluh orang anak. Walau bagaimanapun hanya seorang sahaja anak beliau yang mewarisi kemahirannya dalam menghasilkan batik terap. Kesungguhan beliau dalam menghasilkan batik terap telah membuahkan hasil dengan menubuhkan sebuah syarikat Aliff Batek Trading bagi membuat dan menerima tempahan daripada para pelanggan tetapnya terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Terengganu, Perlis dan Pahang.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Mempunyai kepakaran dalam pembuatan batik terap dalam teknik batik laksam, conteng, discharge, retak seribu dan rainbow (pelangi). Peralatan Yang Digunakan terdiri daripada meja blok, kain kapas dan blok batik daripada besi atau tembaga yang digunakan oleh Syarikat Aliff Batek. Produk yang dihasilkan pada masa dahulu hanyalah kain sarung dan baju panas batik berbentuk T-shirt. Pada masa kini berlaku perubahan produk baru sesuai dengan permintaan pasaran seperti kain ela, baju siap dan kemeja . Produk kain ela dari Aliff Batik mendapat permintaan sehingga ke luar negara iaitu dari United Kingdaom yang ditempah oleh Puan Amy Blair.

Beliau seorang yang mudah mesra dan sentiasa menerima kunjungan daripada para pelajar IPT yang datang untuk membuat kajian dan penyelidikan kain batik terap yang dihasilkan. Beliau juga mewariskan pengetahuan dalam pembuatan batik terap kepada anaknya dalam cara-cara membuat batik terap. Encik Ibrahim juga mengambil pelatih daripada Jabatan Penjara Machang, Kelantan dalam melatih Jurulatih Jabatan Penjara untuk membuat latihan kepada bakal-bakal pesalah yang akan menerima parol sebelum mereka keluar dari penjara.

Encik Ibrahim Bin Ismail telah berkecimpung didalam bidang batik terap ini lebih kurang empat puluh tahun dan sangat mahir dalam mengenalpasti corak dan warna yang bakal dihasilkan. Biasanya beliau akan memberikan idea kepada pembuat blok batik bagi mengenalpasti corak-corak alam dan flora yang digunakan bagi menghasilkan kain batik terap. Meja blok batik adalah daripada kayu yang permukaannya diletakkan span yang dibalut dengan plastik bagi memastikan rekaan batik yang di chop dengan lilin melekat pada kain. Dari segi warna akan dibuat secara mencelop kain yang telah dichop dalam bekas yang mengandungi warna-warna yang telah ditentukan. Sekiranya beliau hendak membuat batik terap 3 lapis, maka tiga kali kain tersebut akan dichop dengan tiga kali proses merendam kain dalam warna yang berbeza-beza sehingga selesai. Blok batik pula adalah dari besi atau tembaga yang ditempah daripada pembuat blok batik yang akan diberikan rekaan mengikut idea dan permintaan beliau.

PENCAPAIAN
Beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam mempertahankan serta mengekalkan produk batik terap daripada pupus atau dilupakan. Batik terap yang dibuat oleh beliau sering mendapat tempahan dari para pelanggan tetap beliau yang telah lama berkecimpung dalam mempromosikan batik terap keluaran syarikatnya. Oleh kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan pembuatan batik terap, beliau telah dianugerahkan Adiguru Kraf Batik Terap pada tahun 2018.

Sifat ramah dan mesra beliau amat disenangi dan dihormati di kalangan penduduk setempat. Beliau juga tidak keberatan dengan memberikan pekerjaan kepada bekas-bekas penagih untuk bekerja di bengkel beliau.

Malaysian Handicraft Development Corporation

  • Kuala Lumpur Craft Complex, Section 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Copyright Reserved © 2021 Malaysian Handicraft Development Corporation. Updated : 26/11/22 • Total Visitor : 21296558
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map