Adiguru Kraf Serunai

Encik Isa bin Samad

Nama
Encik Isa bin Samad
Bidang Kraf
Aneka Kraf (Serunai)
Adiguru
Adiguru Kraf Serunai
Negeri
Kelantan
Tarikh Lahir
11 Mei 1948
Lantikan Pertama
1997
Lantikan Semula
2006
There is no translation available.

LATAR BELAKANG PENGLIBATAN

Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Encik Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943, di Kampong Kebakat, Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya. Sejak kecil lagi beliau telah mula memegang dan belajar meniup serunai. Pernah mendapat pendidikan formal di Sekolah Rendah Manek Tumpat, Kelantan. Ketika beliau meningkat dewasa, beliau telah mahir meniup dan membuat serunai.



KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN

Di samping menyertai pertandingan beliau juga mengajar warisan ini kepada dua orang anaknya yang kini mahir di dalam bermain alat muzik lainnya seperti rebab, gendang, gong, gedombak dan pelbagai barangan muzik lainnya.

Kejayaan dan kemahiran beliau sering mendapat liputan dari media massa tempatan dan stesen televisyen. Beliau juga pernah dihantar ke Perancis selama 3 bulan setengah untuk demonstrasi meniup serunai.

Di samping menjaga kemerduan alunan serunai, Encik Isa turut menitik beratkan penampilan serunai yang ditiupnya. Oleh yang demikian beliau membuat dan mengukir sendiri alat muzik tradisional ini dengan menggunakan kreativiti seninya yang tersendiri.



SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT

Selain daripada menghasilkan serunai beliau turut tersohor sebagai pemain alat muzik tradisional yang disegani di negeri Kelantan malah di seluruh negara.

Kemahiran beliau adalah :
  1. Boleh membuat dan bermain serunai.
  2. Berkebolehan bermaian rebab, gong, gendang dan gedombak.



Sepanjang penglibatan beliau di dalam kerjaya seni ini, beliau telah menyertai pelbagai aktviti, pertandingan dan persembahan yang diadakan dan telah menerima beberapa penghargaan dari pihak tertentu. Antara pencapaian beliau ialah :
  1. Pernah menyertai Pertandingan Serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancong Malaysia dan berjaya menjadi johan (1994 - 1997).
  2. Memenangi Pertandingan Budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard (1997).
  3. Penerima sijil daripada Yang Dipertuan Agong dengan gelaran Kebudayaan Sri Setia (1971).

Kemahiran Encik Isa bermain dan menghasilkan alat muzik tradisional telah berjaya memartabatkan seni warisan bangsa ini. Pada tahun 1997 Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Serunai bagi menghargai bakat dan kemahirannya.

Malaysian Handicraft Development Corporation

  • Kuala Lumpur Craft Complex, Section 63, Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur
  • 03 2162 7459
  • 03 2161 2622
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Copyright Reserved © 2021 Malaysian Handicraft Development Corporation. Updated : 26/11/22 • Total Visitor : 21296560
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map