.
 

Promosi Warna Warni 2017

Promosi Warna Warni 2017

Kraftangan Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menganjurkan promosi Warna-Warni 2017 kali yang ketiga belas (13) pada 1 hingga 12 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 8.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 

Promosi ini diadakan bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung dan pengguna dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan gabungan produk kraf dan produk/perkhidmatan Aidilfitri. WWA 2017 turut dimeriahkan dengan pengisian aktiviti utama seperti Jualan Kraf dan Perkhidmatan Aidilfitri, Pameran dan Jualan Produk Baru, Demonstrasi dan Interaktif serta aktiviti tarikan pengunjung.

Penyertaan Warna Warni Aidilfitri adalah terbuka kepada semua usahawan kraf dan perkhidmatan aidilfitri mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.  Tarikh tutup adalah sebelum/pada 28 April 2017. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urus Setia Jualan Warna Warni Aidilfitri 2017 di talian 03-2162 7533 (Cik Farina / Pn.Yushajimah).

 

Muat turun

>>Syarat Penyertaan

>>Borang Penyertaan

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?