.
 

Promosi Kraf Malaysia Di Pusat Beli-Belah 2017

Promosi Kraf Malaysia Di Pusat Beli-Belah 2017

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PUSAT BELI-BELAH 2017

ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA

 

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan program Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-Belah seperti ketetapan berikut:

 

PROMOSI       : AEON ALPHA ANGLE 2017

Tarikh              : 25 – 30 Julai 2017 (6 hari)

Yuran               : RM2,000.00

 

PROMOSI       : GREAT EASTERN MALL 2017

Tarikh              : 9 – 20 Ogos 2017 (12 hari)

Yuran               : RM3,000.00

 

MAKLUMAT PENYERTAAN

  • Borang penyertaan perlu dilengkapkan sebagai berminat dan memohon penyertaan. Borang dikembalikan segera kepada pegawai cawangan negeri (syarikat kraf anda telah didaftarkan).
  • Pemilihan penyertaan usahawan adalah muktamad berdasarkan kepada Proses Undian & Pemilihan Usahawan pada 10 Julai 2017 (Isnin).
  • Permohonan yang berjaya pada peringkat undian ini mestilah membuat pembayaran penuh pada 11 Julai 2017. Justeru para usahawan boleh menyediakan yuran penyertaan mengikut kadar ketetapan. Kegagalan usahawan yang telah terpilih untuk mengemukakan pembayaran yuran pada tarikh yang ditetapkan akan dianggap kehilangan kelayakan / penolakan / pembatalan penyertaan secara automatik.
  • Keputusan undian adalah muktamad pada 10 Julai 2017 (Isnin).
  • Sehubungan itu, dimohon kerjasama pihak cawangan menghebahkan tawaran ini kepada usahawan negeri masing-masing bagi menyertai aktiviti jualan kraf ini.

 

RINGKASAN PROSEDUR & TARIKH PENTING

Usahawan yang berminat sila berurusan dengan pegawai cawangan PKKM seperti turutan berikut:-

 

SELEWATNYA PADA                   Borang Penyertaan & Pendaftaran dilengkapkan dan

7 JULAI 2017                                   diserahkan kepada pegawai cawangan.

(JUMAAT)                                        

 

10 JULAI 2017                                Proses Undian & Pemilihan Usahawan oleh pihak

(ISNIN)                                             pengurusan PKKM di Ibu Pejabat PKKM

(boleh ditonton melalui akses internet capaian

Live Streaming)

 

11 & 12 JULAI                                 Bayaran yuran segera disalurkan ke akaun PKKM

(Selasa & Rabu)                                    oleh usahawan yang terpilih semasa cabutan untuk

penyertaan.

No Akaun PKKM Ibu Pejabat (MAYBANK)

564016110376

Yuran Alpha Angle Mall  : RM 2,000.00

Yuran Great Eastern Mall : RM 3,000.00

Nota : Usahawan yang telah memohon untuk penyertaan perlu bersedia. Sekiranya tuan/puan terpilih namun gagal mengemukakan bayaran tersebut pada 11 & 12 Julai 2017 (Selasa & Rabu) maka pemilihan anda sebagai peserta Pusat Beli-Belah dianggap kehilangan kelayakan / penolakan / pembatalan penyertaan secara automatik.

 

 

>>MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN ALPHA ANGLE MALL

>>MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN GREAT EASTERN MALL

 

Sekian, terima kasih.

 

Pegawai untuk dihubungi di talian +603-21627459.

En. Mahzuz Ali / En, Syafiq Nasir

Cik Dalia Abdullah / Pn. Lilis Suryani

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?