.
 

Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

PENGENALAN
Satu program untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil.
 
OBJEKTIF

  • Membangunkan sesuatu kampung/ kawasan sebagai pusat pengeluaran kraf yang beridentitikan setempat dan diusahakan secara perniagaan oleh penduduk tempatan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi melalui pengeluaran produk kraf dan menjana pendapatan secara berterusan.

 
KRITERIA PEMILIHAN

  • Terdapat ramai pengusaha yang bergiat di dalam penghasilan kraf yang serupa dalam satu kawasan/ daerah tersebut;
  • Pengusaha-pengusaha tersebut mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membuat produk kraf;
  • Produk kraf yang dihasilkan mempunyai nilai komersil yang tinggi; dan
  • Kawasan/ daerah tersebut mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi/ baik.

 
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Pembangunan Tenaga Kerja Dan Pentahapan Kemahiran
    • Kemudahan melatih tenaga kerja baru dan mahir secara insitu di bengkel milik pengusaha.
    • Penganjuran bengkel bagi mempertahapkan pengetahuan teknikal dan kemahiran pengusaha/ tenaga kerja sediada.
  • Pembangunan Pengeluaran Produk Dan Sistem Pengeluaran
    • Pembangunan rekaan terbaru dan tambah nilai produk bagi memenuhi citarasa semas pasaran.
    • Cadangan susunatur sistem pengeluaran syarikat bagi memaksimakan ruang dan pengeluaran produk.
  • Penambahbaikan Prasarana Pengeluaran
    • Pembinaan bengkel pengeluaran baru atau penambahbaikan bengkel pengeluaran sediada.
    • Pembelian mesin/ jentera dan peralatan kerja bagi meningkatkan kuantiiti dan kualiti produk yang dihasilkan.
  • Penyertaan Di Dalam aktiviti Promosi Dan Pasaran
    • Keutamaan di dalam menyertai aktiviti promosi dan pasaran yang dianjurkan/ disertai oleh Kraftangan Malaysia di peringkat domestik serta antarabangsa.
  • Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q)
    • Penganjuran kursus keusahawanan yang meliputi topik pengurusan syarikat, rekod kewangan dan pemasaran.

 
PENDAFTARAN PROJEK
Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Kerja SDSI-Produk Kraf, Bahagian Usahawan. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan perkara berikut:-

a. Maklumat Projek
b. Borang Profil Usahawan SDSI-Produk Kraf

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Bahagian Usahawan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?