.
 

Program Pembangunan Kemahiran

Objektif
Program Pembangunan Kemahiran diwujudkan bagi menyokong empat aktiviti utama iaitu Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana, Inkubator dan Usahawan Warisan.
 
Penjelasan Aktiviti
Terdapat tujuh (7) sub-aktiviti yang dijalankan, iaitu:-
i. Klinik Konsultansi
ii. Perkhidmatan Kepakaran Teknikal
iii. Pusat Kemudahan Gunasama
iv. Anugerah Tokoh Usahawan Kraf
v. Latihan Jangka Pendek
vi. Skim Khidmat Kraftangan
vii. Latihan Kemahiran Tenaga Kerja
 
i. Klinik Konsultansi
Perkhidmatan khidmat nasihat kepada usahawan oleh tenaga profesional dalam dan luar negara dalam aspek pembangunan produk dan pengurusan pengeluaran.
 
ii. Perkhidmatan Kepakaran Teknikal
Perkhidmatan khidmat nasihat kepada usahawan oleh tenaga profesional luar negara dalam aspek pembangunan produk dan pengurusan pengeluaran. Ianya juga melibatkan latihan kemahiran di luar negara bagi meningkatkan daya saing dikalangan usahawan. Penglibatan tenaga pakar luar negara di dalam membangunkan produk di bawah program Bimbingan Teknikal.
 
iii. Pusat Kemudahan Gunasama
Pihak Kraftangan Malaysia menyediakan kemudahan pengeluaran dengan menempatkan mesin/jentera dan alat kelengkapan di dalam sesuatu peringkat proses pengeluaran di Cawangan. Kemudahan pengeluaran berteknologi yang disediakan dapat mempercepatkan proses pengeluaran dan kualiti keluaran. Usahawan dibenar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah pengawasan anggota teknikal Cawangan Negeri.
 
iv. Anugerah Usahawan Seni Kraf
Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada tokoh – tokoh usahawan yang telah banyak memberi sumbangan dalam pengeluaran, pemasaran dan mempertingkatkan industri kraf negara. Penganugerahan ini dibuat secara tahunan.
v. Latihan Jangka Pendek
Membangunkan tenaga kerja baru dan terlatih dalam pengeluaran secara pengkhususan atau secara komersil. Tempoh latihan bagi setiap bidang adalah diantara tiga (3) hingga enam (6) bulan. Pemberian elaun sara hidup sebanyak RM 450.00 sebulan kepada setiap peserta, dimana ianya tertakluk kepada kelayakan peserta.
 
vi. Latihan Kemahiran Tenaga Kerja (LKTK)
Aktiviti melatih tenaga kerja bagi membantu usahawan kraf yang menghadapi masalah tenaga kerja mahir dan meningkatkan kapasiti pengeluaran dipremis usahawan yang berkonsep belajar sambil bekerja.
 
vii. Skim Khidmat Kraftangan
Skim Khidmat Kraftangan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan mendapat pendedahan secara langsung daripada usahawan kraf. Skim Khidmat Kraftangan juga diharap dapat menggalakkan pewujudan usahawan baru yang berdaya maju dan mempunyai kemahiran pengurusan serta teknikal di dalam proses pengeluaran. Pemberian elaun sara hidup sebanyak RM 500.00 sebulan kepada setiap peserta.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Unit Pembangunan Usahawan
Bahagian Usahawan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?