.
 

Program Mikro, Kecil, Sederhana

Objektif

• Menggalak pembangunan usahawan kraf dengan pentahapan usahawan dari kategori Enterprise Mikro, Enterprise Kecil dan Enterprise Sederhana yang berdaya tahan supaya mereka menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf negara.
 
Strategik

• Memberi bimbingan serta bantuan kepada usahawan dari aspek pembangunan produk, operasi pengeluaran, latihan dan bimbingan, pembangunan prasarana, peralatan mesin dan juga promosi.
 
Pengkelasan Pemilihan Usahawan
• Usahawan kraf dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:-

Kategori Bilangan Pekerja Nilai Jualan Tahunan
Enterpris Mikro 1 – 5 < 250 ribu
Enterpris Kecil 6 – 50 < 10 juta
Enterpris Sederhana 51 – 150 < 25 juta
Enterpris Besar 150 ke atas 25 juta ke atas

Nota : Klasifikasi mengikut Unit Perancang Ekonomi (EPU)

• Dalam Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana terdapat 2 kategori usahawan yang diberi keutamaan, iaitu:-

i. Usahawan Enterpris Mikro untuk dipertahapkan ke kategori Enterpris Kecil
ii. Usahawan Enterpris Kecil untuk dibangunkan ke kategori Enterpris Sederhana.
 
PENTAHAPAN USAHAWAN ENTERPRIS MIKRO KE ENTERPRIS KECIL
 
Kriteria Pemilihan Peserta

• Rakyat Malaysia yang bergiat dalam pengeluaran di Malaysia secara cottage;
• Mempunyai bengkel pengeluaran tetap di mana aktiviti pengeluaran dijalankan;
• Bergiat dalam pengeluaran produk kraf secara sepenuh masa;
• Mempunyai pekerja tetap sekurangnya 2 orang dan tidak melebihi 5 orang;
• Mempunyai kesediaan untuk meningkatkan daya produktiviti pengeluaran, bilangan pekerja dan perniagaannya untuk membangun ke tahap Enterpris Kecil
 
Kemudahan dan Jenis Perkhidmatan

• Pembangunan tenaga kemahiran
• Pembangunan produk
• Pembangunan pengeluaran
• Pembangunan pasaran dan promosi
 
Pelan tindakan

Aktiviti dalam program P&Q dan orientasi pembangunan produk (product sample dan packaging) akan diadakan bagi memantapkan sistem pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran produk yang berkualiti dan konsisten. Pengukuhan dari aspek kompetensi keusahawanan, pengeluaran dan pemasaran dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan usahawan dalam kategori pemilikan keluarga supaya mempunyai pekerja seramai 6 orang ke atas yang bekerja dalam kilangnya. Bagi menjayakan projek ini tindakan berikut diambil:-
• Penyediaan pelan induk pembangunan bagi projek untuk 1 – 3 tahun secara bersepadu.
• Pemantauan dan penilaian projek.
 
PENTAHAPAN USAHAWAN ENTERPRIS KECIL KE ENTERPRIS SEDERHANA
 
Kriteria Pemilihan Peserta

• Rakyat Malaysia yang bergiat dalam pengeluaran di Malaysia secara cottage dan kilang;
• Mempunyai bengkel pengeluaran tetap dimana aktiviti pengeluaran dijalankan;
• Bergiat dalam pengeluaran produk kraf secara sepenuh masa;
• Mempunyai pekerja tetap sekurangnya 6 orang dan tidak melebihi 50 orang;
• Mempunyai kesediaan untuk meningkatkan daya produktiviti pengeluaran, bilangan pekerja dan perniagaannya untuk membangun ke tahap Enterpris Sederhana

Kemudahan dan Jenis Perkhidmatan

• Pembangunan tenaga kemahiran
• Pembangunan produk
• Pembangunan pengeluaran
• Pembangunan pasaran dan promosi
 
Pelan tindakan

Bagi menjayakan projek ini tindakan berikut diambil:-

• Penyediaan pelan induk pembangunan bagi projek untuk 1 – 3 tahun secara bersepadu.
• Pemantauan dan penilaian projek
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Unit Pembangunan Usahawan
Bahagian Usahawan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?