.
 

Program Inkubator

OBJEKTIF
Pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus bagi membangunkan usahawan muda (start-up) dalam pengeluaran kraf secara komersil di premis Kraftangan Malaysia
 
STRATEGI
i. Penyediaan Premis Pengeluaran
Kraftangan Malaysia menyediakan premis kerja/bengkel pengeluaran untuk disewa atas kadar yang minima. Satu perjanjian sewaan premis dan kesefahaman sebagai peserta inkubator dibuat di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan.
ii. Pembangunan Usahawan Secara Terbimbing
Usahawan muda bergiat di bawah bimbingan langsung pihak Kraftangan Malaysia. Mereka diberi peluang untuk memperlengkapkan keupayaannya sebagai usahawan kraf sebelum bersedia untuk menjalankan operasi perniagaan di premis sendiri.
 
KRITERIA PEMILIHAN
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun ke atas;
iii. Mereka yang telah tamat pengajian dari Institut Kraf Negara (IKN) dan mana-mana institusi IPTA dan IPTS, atau;
iv. Peserta yang bukan graduan dari IPTA & IPTS, perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti perniagaan dalam bidang kraf sekurang-kurangnya satu (1) tahun hingga dua (2) tahun;
v. Mempunyai tenaga kerja minima seorang (1) dan maksima lima (5) orang;
vi. Berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) atau Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC)

Bentuk Bantuan / Kemudahan
Pakej bantuan / kemudahan yang disediakan adalah:-
i. Kadar sewa ruang premis yang rendah.
ii. Kemudahan gunasama peralatan / mesin dan ruang urusniaga di cawangan peringkat negeri.
iii. Khidmat bimbingan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti.
iv. Keutamaan menyertai aktiviti di bawah program anjuran Kraftangan Malaysia.
 

Perkhidmatan Dan Kemudahan Gunasama

Kraftangan Malaysia menyediakan perkhidmatan dan kemudahan gunasama di Pusat-Pusat Inkubator yang boleh dimanfaat dan digunakan oleh usahawan kraf seperti penggunaan mesin/jentera dan peralatan yang dikendalikan sendiri oleh usahawan di bawah penyeliaan tenaga kerja teknikal seperti memproses logam dan pembakaran seramik. Bayaran yang dikenakan adalah mengikut kadar yang ditetapkan di cawangan-cawangan negeri.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Bahagian Usahawan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
No Tel : 03-2162 7459

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?