• Utama
  • Profail
  • Anak Syarikat
  • Kraf Holdings Sdn Bhd

Kraf Holdings Sdn Bhd

Kraf Holdings Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2 Mac 1987 dan merupakan anak syarikat pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh Kraftangan Malaysia.
Matlamat atau objektif utama syarikat adalah menjadi peneraju dalam pengeluaran batik eksklusif bagi pasaran tempatan, dan menjadi pembekal bahan mentah kain putih serta aksesori untuk keperluan industri pembuatan kraf.

Perniagaan utama Kraf Holdings bermula dengan aktiviti pengeluaran dan pemasaran batik eksklusif yang terhad untuk pasaran tempatan. Bermula tahun 2008, syarikat ini berpeluang untuk mengeluarkan dan membekalkan batik eksklusif khas untuk pereka fesyen Malaysia yang bermastautin di Paris bagi tujuan pasaran di Eropah. Bagi menggalakkan perkembangan pesat dan positif, syarikat kemudian telah mengorak langkah berani menembusi pasaran antarabangsa.

Penghasilan batik eksklusif menampilkan kehalusan seni asthetik dari segi pembuatan, diiringi reka corak batik yang sentiasa segar dan pengeluaran yang berkualiti tinggi. Ianya sering menjadi cenderamata bagi majlis-majlis berprestij yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Syarikat turut berperanan dalam perkhidmatan membekalkan bahan mentah kain putih dari sumber kapas dan sutera yang dibeli terus dari negara China, Indonesia dan India untuk keperluan industri batik tempatan.
Kilang pengeluaran yang terletak di Taman Rekreasi Templer, Selangor, bersebelahan dengan Institut Kraf Negara yang menawarkan pelbagai kursus berkaitan seni kraf, termasuk seni kraf batik di peringkat sijil dan diploma.

Kesemua produk syarikat dihasilkan dengan menggunakan kain sutera dan kapas yang bermutu tinggi yang diimport terus dari negara-negara pengeluar.
Pada tahun 2009, Kraf Holdings telah menghasilkan set kain pasang eksklusif dari Italian Silk untuk memastikan syarikat terus kekal relevan dan berdaya saing.

 

Hubungi kami:

d/a Institut Kraf Negara
No. 1 Km 20 Jalan Ipoh Rawang
48000 Rawang
Selangor

Tel: +603-6091 5322

Faks: +603-6093 1046

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.