.
 

Produk Kraf Tarik Perhatian Dan Minat Delegasi Antarabangsa

Produk Kraf Tarik Perhatian Dan Minat Delegasi Antarabangsa

Kuala Lumpur – Kraftangan Malaysia berbangga menerima lawatan dua lawatan negara iaitu Lawatan Pasangan Ketua-Ketua Negara sempena International Conference on Blue Ocean Strategy pada 17 Ogos dan Program Learning Excursion Delegasi sempena Persidangan Dwi Tahunan Commonwealth Association For Public Administration and Management (CAPAM) pada 19 Ogos 2016 ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

 

Lawatan Pasangan Ketua-Ketua Negara sempena International Conference on Blue Ocean Strategy disertai dari negara Nauru, Palestin, Kingdom of Lesoto dan Sri Lanka, disambut oleh Yang Berbahagia Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Rombongan tetamu kehormat ini dibawa melawat aktiviti  demonstrasi kraf seperti batik, songket, ukiran kayu dan seramik oleh tenaga pengajar Institut Kraf Negara selain menyaksikan pertunjukan fesyen koleksi batik dan songket oleh Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd.

 

Satu lagi lawatan dari luar negara yang diraikan ialah delegasi Program Learning Excursion sempena Persidangan Dwi Tahunan Commonwealth Association For Public Administration and Management (CAPAM). Delegasi seramai 150 orang yang terdiri dari wakil negara-negara Komanwel ini diberikan taklimat pengenalan. Rombongan delegasi seterusnya di sajikan dengan demonstrasi kraf batik, tenunan songket, ukiran kayu dan pembuatan seramik. Seterusnya rombongan delegasi dibawa ke Muzium Kraf yang mempamerkan artifak-artifak lama di samping paparan teknologi dahulu dalam menghasilkan produk kraf serta proses pembuatan. Mereka turut tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah barangan kraf di kedai Karyaneka Kraf Boutique.

 

DSC_8454-1 DSC_8424-1 DSC_7930-1 DSC_7904-2

 

 

 

Juru Lapor       : Wan Zakiroh Binti Megat Sulaiman

Bahagian         : Komunikasi Korporat

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade