.
 

Pertandingan Foto Dan Video Pendek Sempena Kempen #SayangMalaysia 2017

Pertandingan Foto Dan Video Pendek Sempena Kempen #SayangMalaysia 2017

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia  akan  menganjurkan   Pertandingan Foto dan Video Pendek di media sosial  dengan subtema #MyCuisine  mulai 1 Januari 2017 hingga  28 Februari 2017.

 

  • Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu  memuatnaik  foto atau video pendek  kreatif berkaitan  keunikan dan kepelbagaian jenis makanan dan minuman yang menjadi tarikan dan  warisan kaum-kaum di Malaysia melalui intagram atau facebook.

 

  • Bagi menyertai pertandingan video pendek, orang ramai perlu   memuatnaik video pendek berdurasi  antara 30 hingga 60 saat di Instagram dan facebook dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyCuisine.

 

  •  Pertandingan ini menawarkan pelbagai  hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati.

 

  •  Pertandingan ini diadakan untuk  menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial berkongsi detik indah dan keunikan semasa berada Malaysia.

 

  • Sepanjang tempoh Kempen  #Sayang Malaysia  ini, orang ramai berpeluang menyertai enam pertandingan foto dan video pendek  sepanjang tahun 2017 dengan  6 subtema  setiap pertandingan  seperti berikut:

i.        #MyCuisine                   – Januari hingga  Februari

ii.       #MyDestination            – Mac hingga  April

iii.      #MyCulture                   – Mei hingga Jun

iv.      #MySport                      – Julai hingga Ogos

v.       #MyEvent                      – September hingga Oktober

vi.      #MyFamilyFun               – November hingga Disember

 

  •  Maklumat lanjut  berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu di  www.motac.gov.my/sayangmalaysia

sayangmalaysia_bm

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?