.
 

Pertandingan Foto & Video 2017 #SayangMalaysia

Pertandingan Foto & Video 2017 #SayangMalaysia

 

SayangMalaysia_bm

 

My Event

 

KEMPEN MEDIA SOSIAL #SAYANGMALAYSIA KEMBALI DENGAN PERTANDINGAN FOTO DAN VIDEO PENDEK DENGAN SUBTEMA #MYEVENT

PUTRAJAYA, 1 September 2017 – Setelah berakhirnya kempen #MySports pada 31 Ogos 2017, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) kini meneruskan penganjuran Pertandingan Foto dan Video Pendek menggunakan platform media sosial dengan sub-tema #MyEvent bersempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada followers dan likers laman Facebook, Instagram atau Twitter rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk melayakkan diri untuk pertandingan ini.

 

Penyertaan hanyalah dengan menggunakan kedua-dua hashtag iaitu #MyEvent dan #SayangMalaysia dalam post yang dimuatnaik ke akaun mereka iaitu Instagram, Facebook atau Twitter. Pertandingan Foto dan Video Pendek ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga serta 5 hadiah saguhati.

Video pendek yang berdurasi antara 30 hingga 60 saat yang dimuatnaik perlulah berkaitan pengalaman menarik yang dapat menimbulkan semangat patriotism ketika menyaksikan acara-acara berskala kecil dan besar yang dianjurkan di Malaysia seperti sambutan Hari Kebangsaan Negara, konsert, seminar, persidangan, pertandingan dan sebagainya Pertandingan Foto dan Video Pendek #SayangMalaysia merupakan kempen anjuran MOTAC untuk menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada di Malaysia, seterusnya boleh menjadi bahan rujukan pelancong yang ingin melawat Malaysia sekaligus memperkenalkan tarikan-tarikan unik yang ada di Malaysia ke serata dunia. #MyEvent merupakan tema kelima untuk kempen ini selepas #MyCuisine, #MyDestination, #MyCulture dan #MySports.

 

Tema seterusnya adalah #MyFamilyFun (November hingga Disember) Pemenang #MyEvent akan diumumkan melalui laman Facebook dan Instagram MOTAC pada minggu kedua bulan November 2017. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi kempen media sosial #SayangMalaysia iaitu www.motac.gov.my/sayangmalaysia Kempen media sosial #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Latihan Khidmat Negara, iM4U, Badan Bukan Kerajaan dan pihak industri pelancongan.

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade