• Utama
  • Perkhidmatan
  • Program Pembangunan
  • Projek Kraf Komuniti Ku (KKK)

Projek Kraf Komuniti Ku (KKK)

PROJEK KRAF KOMUNITI KU (KKK)

 

Kraf Komuniti Ku merupakan inisiatif  dan usaha Kraftangan Malaysia untuk memperkasakan usahawan kraf sedia ada dan mewujudkan kumpulan komuniti  kraf baru  yang terdiri dari komuniti golongan belia/beliawanis, asnaf, orang kelainan upaya (OKU), golongan kategori B40 (bandar/desa), golongan suri/ibu tunggal, orang asli/etnik Sabah dan Sarawak di satu-satu kawasan atau daerah. Projek KKK memberi pendedahan dan mendekatkan lagi komuniti setempat bagi mengenali produk kraf serta terlibat secara langsung dan   tidak         langsung dalam perusahaan kraf untuk menjana pendapatan utama / sampingan. Projek ini turut melibatkan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan dan swasta serta Badan Bukan Kerajaan untuk membangunkan komuniti Kraf.

Objektif Projek Kraf Komuniti Ku adalah seperti berikut :

  1. Memberi pendedahan dan memupuk kesedaran kepada komuniti

setempat mengenai produk kraf tempatan;

  1. Memperkasa kemahiran komuniti setempat dan usahawan kraf dari aspek rekaan, pengeluaran dan teknologi dalam penghasilan produk kraf dan;

 

  • Menjadi landasan kepada komuniti kraf untuk menjana pendapatan utama atau sampingan melalui penghasilan produk kraf beridentiti setempat.

 

Golongan Sasar

Projek ini tertumpu kepada usahawan kraf berdaftar dan diperluaskan lagi dengan mensasarkan penyertaan golongan belia/beliawanis, asnaf, orang kelainan upaya (OKU), golongan kategori B40 (bandar/desa), golongan suri/ibu tunggal, orang asli/etnik Sabah dan Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

Inisiatif Pelaksanaaan Projek

Pelaksanaan projek ini menggariskan empat (4) inisiatif utama iaitu:

  1. Penyelidikan Dan Pembangunan Produk

 

Inisiatif ini merujuk kepada pembangunan produk signatur yang melibatkan falsafah, reka bentuk, konsep, warna, bahan, teknik dan fungsi produk yang beridentitikan setempat. Produk yang dihasilkan juga digabung bersama motif tradisional  yang bersifat komersil dan berorientasikan  pasaran. Seterusnya, pengembangan hasil kajian dan reka bentuk diberi penekanan bagi membantu komuniti kraf secara terus melalui perkongsian  input dari penyelidikan serta kajian melalui jaminan kualiti produk yang dihasilkan.

  1. Pembangunan Komuniti Kraf

 

Inisiatif Pembangunan Komuniti Kraf ialah aktiviti pengeluaran dan latihan serta bimbingan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dan teknikal, peningkatan pengeluaran serta melahirkan pekerja berkemahiran. Inisiatif ini merupakan galakan dan rangsangan kepada usahawan kraf untuk kekal menjadi usahawan berdaya maju dan berdaya saing.

 

  • Pasaran Dan Promosi

 

Inisiatif ini memberi penekanan kepada peluasan akses pasaran produk kraf yang dihasilkan oleh komuniti melalui platform online dan offline. Inisiatif ini juga meningkatkan kebolehcapaian pasaran produk kraf dan lain-lain produk / perkhidmatan yang diusahakan oleh komuniti, lokasi/ kawasan/ daerah.

  1. Komunikasi Pasaran Bersepadu

 

Inisiatif Komunikasi Pasaran Bersepadu merangkumi pengiklanan, publisiti dan hebahan untuk meningkatkan kesedaran, minat dan keinginan terhadap produk kraf tempatan untuk dijadikan gaya hidup menerusi media cetak, elektronik dan media sosial.

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.