Khidmat Iring sempena HKK 2019

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan ( HKK 2019 ) pada 28 Februari hingga 11 Mac 2019, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

‘Membudayakan Kraf Dalam Gaya Hidup’ merupakan konsep yang dipilih bagi penganjuran kali ke -17 ini dengan menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini.

Pengunjung berpeluang mendapatkan produk kraf selain acara-acara menarik yang diadakan antaranya Pameran Komuniti Kraf Anyaman, Pameran Produk Baru : Kraf & Reka Hias serta Pameran dan Pendidikan Kraf Warisan : Khazanah dan Pendidikan Kraf Warisan. Pengunjung turut berpeluang melihat demonstrasi masakan makanan tradisi berkonsepkan ‘bungkus dan kukus’, persembahan kesenian dan aktiviti menarik yang lain.

Bersempena dengan HKK 2019, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput para pengunjung untuk memeriahkan HKK 2019 dengan menyertai aktiviti Khidmat Iring  yang dianjurkan oleh pihak kami.

Aktiviti – Aktiviti HKK 2019

  • Jualan Kraf
  • Padanan Perniagaan
  • Pameran
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Komuniti Ku
  • Pavillion Komuniti Kraf Anyaman
  • Pameran Produk Baru : Kraf & Reka Hias
  • Pameran Teknologi Kraf
  • Pameran Dan Pendidikan Kraf Warisan : “Khazanah Tekstil Warisan”
  • Pameran Institut Kraf Negara (IKN)
  • Demonstrasi Kraf
  • Demonstrasi & Jualan Makanan Tradisi Malaysia
  • Persembahan Kesenian
  • Bicara Kraf
  • Pendidikan & Interaktif Kraf
  • Khidmat Iring
  • Aktiviti Galakan Pengunjung

 
>>muat turun Borang Lawatan Khidmat Iring HKK 2019

Sila kembalikan Borang Lawatan Khidmat Iring HKK 2019 yang telah lengkap melalui faksimili 03-2161 1501 ataupun e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.