.
 

Pendaftaran Pembekal

S1. APAKAH TUJUAN PENDAFTARAN PEMBEKAL / KONTRAKTOR?

1. Kraftangan Malaysia melaksanakan sistem pendaftaran pembekal / kontraktor adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan rekod syarikat pembekal / kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan / kerja di Kraftangan Malaysia.

2. Setiap syarikat pembekal / kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan dengan Kraftangan Malaysia dikehendaki mendaftar dengan Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & Pembangunan.

 

S2. MENGAPA PEMBEKAL / KONTRAKTOR PERLU BERDAFTAR?

1. Disenaraikan sebagai pembekal / kontraktor yang berpotensi mengikut kemahiran dalam bidang yang bersesuaian di Kraftangan Malaysia.

2. Membolehkan syarikat / kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan di Kraftangan Malaysia.

3. Syarikat / kontraktor yang berdaftar berpeluang membekal barangan / perkhidmatan yang ditawarkan.

 

S3. APAKAH SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN?

1. Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan.

2. Membuat bayaran pendaftaran.

3. Tempoh sah laku pendaftaran pembekal / kontraktor adalah selama satu(1) tahun. Selepas tamat tempoh sah laku, syarikat dikehendaki memperbaharui pendaftaran dan bayaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 setiap kali pembaharuan.

4. Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana pembekalan / perkhidmatan / kerja dengan Kraftangan Malaysia.

5. Maklumat dalam borang pendaftaran adalah sulit.

 

S4. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK BERDAFTAR?

1. Mengisi Borang Pendaftaran yang boleh didapati di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & Pembangunan atau muat turun dari laman web www.kraftangan.gov.my.

2. Menyertakan dokumen sokongan seperti Profil Syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Taraf Bumiputera, SSM, CIDB, PKK dan lain-lain yang berkaitan.

3. Membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 di Unit Kewangan, Bahagian Kewangan & Pembangunan. Bayaran boleh dibuat secara Tunai atau menggunakan Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Draf Bank Berpalang atas nama PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA.

4. Menghantar Borang Pendaftaran bersama dokumen sokongan dan bukti pembayaran ke alamat:

Unit Perolehan
Bahagian Kewangan & Pembangunan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tingkat 1, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
(U/P: Mohd Shahrir Bin Muhamad Ramli)

 

5. Kraftangan Malaysia akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran beserta No. Pendaftaran selepas permohonan selesai diproses.

 

S5. BAGAIMANA UNTUK SAYA MEMBUAT PERTANYAAN?

Untuk pertanyaan mengenai proses dan status pendaftaran, sila hubungi Unit Perolehan, Bahagian Kewangan & Pembangunan di talian 03-2162 7459 atau faks 03-2162 7434. Anda juga boleh menghantar e-mel pertanyaan anda melalui perolehan@kraftangan.gov.my.

>> Sistem Pendaftaran Pembekal Kraftangan Malaysia

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?