.
 

Tokoh Kraf Negara

Kegemilangan seni kraftangan tradisional tidak akan sempurna tanpa sumbangan tukang kraf yang dianugerahkan dengan kepakaran dan kemahiran yang diwarisi sejak turun-temurun.  Penampilan, sumbangan serta cetusan ilham mereka turut berperanan dalam memartabatkan seni kemahiran tangan warisan. Kemahiran mengukir, menganyam,  menenun dan menempa pada awalnya hanya untuk memenuhi keperluan harian.  Alam dan kehidupan menjana minda dan ilham tukang-tukang  kraf lalu  diterjemah melalui karya seni yang halus dan menarik.

 

Kemampuan mereka melahirkan reka corak yang begitu harmoni dan menarik  diadun pula dengan kehalusan pertukangan memaparkan pengamatan dan kepekaan tukang kraf yang tinggi dalam menghasilkan karya seni tradisional yang menjadi lambang jati diri bangsa.

 

Justeru itu, Kraftangan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan Skim ADIGURU KRAF  yang bertujuan memelihara dan memulihara seni kemahiran ini daripaada pupus dan tenggelam dimamah zaman. ADIGURU KRAF yang diperkenalkan pada tahun 1987 telah melantik tukang kraf mahir dalam pelbagai bidang kraf warisan. Kesinambungan seni warisan ini diteruskan dengan melaksanakan  ANUGERAH TOKOH KRAF NEGARA pada tahun 1998 bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan  kepada tukang kraf mahir yang telah banyak menyumbang jasa dalam  memekarkan seni kraf warisan.

Senarai Tokoh Kraf Negara

 

Tahun Tokoh Bidang Kraf
2011 Allahyarham Haji Ab Manan Bin Haji Yakub Logam
2007 Hajah Habibah Zikri Songket
2002 Hajah Zainab @ Ngah Bt. Mamat Songket
1998 Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wook Ukiran Halus

 

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade