.
 

Adiguru


Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:-
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara  seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.


Isa Bin Samad
Isa Bin Samad Adiguru Serunai (1997) Negeri : Kelantan Tarikh Lahir : 19 Apr 1942
 

Adiguru Aneka Kraf (1997), Serunai Tradisional

Penglibatan Awal

Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943, di Kampong Kebakat, Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada perlu menghasilkan tiupan yang merdu, Pak Isa menitikberatkan penampilan sesebuah serunai yang bakal ditiupnya. Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya.

Pengiktirafan

Kepakaran yang dimiliki oleh Pak Isa ini telah melayakkan beliau memenangi pertandingan serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia  pada tahun 1994 dan 1997 dan pertandingan budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1979. Beliau turut menerima gelaran kebudayaan Sri Setia daripada yang di Pertuan Agong pada tahun 1971. Bagi menghargai bakat dan kemahirannya, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF SERUNAI pada tahun 1997.

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade