.
 

Adiguru


Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:-
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara  seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.


Pion Anak Bumbong
Adiguru Aneka Kraf (2006)
Negeri : Selangor

Masyarakat orang asli di antara suku kaum minoriti yang tinggal di negara ini dan mempunyai seni kemahiran tangan yang turut mewarnai industri kraf negara.  Seni kraf mereka turut  mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.  Antara seni kemahiran yang telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara adalah ukiran patung dan topeng.  Salah seorang pengukir patung yang terkenal ialah Pion anak Bumbung yang dilahirkan pada 8 Ogos 1947.

Pion anak Bumbong merupakan anak jati Kampung Orang Asli Pulau Carey. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 40 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang beliau.

Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin. Manakala bahan mentah yang digunakan ialah kayu Nyireh Batu yang banyak terdapat di pantai Negeri Selangor. Ukiran kayu Nyireh Batu adalah satu hasil kraf yang dibanggakan oleh masyarakat Mahmeri kerana keunikan kayu tersebut dan ukiran merupakan kerja tangan yang amat sinonim dengan masyarakat Mahmeri.

Sehingga kini,  banyak ilmu serta kemahiran diturunkan kepada anak beliau. Selain itu atas dasar dan kesedaran untuk mengekalkan warisan ini, beliau banyak mengajar golongan muda dan pelapis di Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

Kemahiran beliau mendapat pengikitrafan dan pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Topeng / Patung oleh Kraftangan Malaysia.

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?