.
 

Adiguru


Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:-
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara  seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.


Hajah Ramiah Abdullah
Adiguru Tenunan Dastar (1987)
Negeri : Sabah
 

Adiguru Kraf Tekstil (1987) Tenunan Dastar

Penglibatan Awal

Sabah terkenal dengan hasil tenunan suku kaum etnik yang menjadi lambang budaya masyarakatnya. Di antara kain tenunan etnik yang terkenal ialah kain dastar yang ditenun oleh penenun di kalangan suku Kaum Irranun dan dipakai pula oleh suku  Kaum Bajau. Kain dastar dijadikan pudong(tengkolok) Lelaki Bajau yang dipakai pada hari-hari perayaan atau upacara kebesaran lainnya.

 

Hajah Ramiah Abdullah dari suku kaum Irranun dilahirkan pada tahun 1933 di Kampung   Merabau, Belud, Sabah merupakan penenun dastar yang terkenal di sekitar daerah Kota Belud. Beliau mewarisi kemahiran menenun dari ibunya pada usia remaja. Dengan kemahiran ini beliau membantu menambah pendapatan keluarga.

Keunikan

Keindahan alam sekitar dan keunikan budaya hidup suku kaum etnik di sekeliling beliau memberi inspirasi dalam menghasilkan reka corak dan ragam hias pada tenunan dastar. Di samping itu juga beliau mahir menenun kain Mugah dan kain sambitan. Beliau melatih penenun-penenun muda dalam usaha memulih dan memelihara seni kemahiran yang semakin dilupakan. Hasil tenunan beliau yang unik ini bukan sahaja sabagai pelengkap pakaian tradisional suku kaum Bajau, tetapi kini turut dijadikan sebagai alas meja,sarung kusyen dan pelbagai hiasan rumah. Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF TENUNAN DASTAR bagi menghargai seni yang beliau miliki.

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?