.
 

Adiguru


Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:-
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara  seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.


Hajah Azizah Binti Mohd Yusof
Adiguru Tekstil (1995)
Negeri : Perak
Tarikh Lahir : 14 Ogos 1938
    KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala kangsar Perak dan kemudian melanjutkan pelajaran sehingga darjah enam di Sekolah Methodist Girl School. Mempelajari kemahiran menekat daripada ibunya Puan Mahiyah Abdul Majid seorang tukang tekat mahir ketika itu yang sering mendapat tempahan dari istana. Selain daripada ibunya, beliau turut mengkagumi seorang lagi tukang tekat tersohor iaitu Allahyarhamah Puan Ainatishah Bilal Din. Ia merupakan pendorong kuat kepada beliau untuk terus berjaya dalam bidang tekatan ini. Bermula pada tahun 1980-an, beliau banyak menyumbang bakti mengembangkan kemahiran seni tekatan benang emas melalui beberapa agensi dan pertubuhan antaranya:- i. KEMAS ii. Kraftangan Malaysia iii. Kementerian Belia Dan Sukan iv. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Malaysian Tourist Development Board). v. Institut Pengajian Tinggi vi. Persatuan Nelayan vii. Muzium-muzium Negeri viii. Individu Beliau mengambil inisiatif memajukan kegiatan menekat dengan membuka bengkel menekat dan sebuah ruang pameran berhampiran rumah beliau di Kampung Changkat, Kuala Kangsar. Selain daripada itu beliau juga memiliki sebuah kedai tekatan di Kuala Kangsar. Di samping bekerja keras mengusahakan tekatan benang emas beliau turut bergiat aktif dalam pergerakan politik dan aktiviti kemasyarakatan terutama di sekitar Kuala Kangsar, Perak. DAYA KREATIVITI DAN INOVASI Beliau memiliki kemahiran melukis, menebuk empulur dan menekat . Ketiga-tiga kemahiran ini merupakan asas kepada kejayaan beliau. Beliau memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuai dengan warna mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Antara dan motif yang beliau gubah:- i. Paku pakis ii. Pucuk rebung iii. Sulur bayung iv. Bunga-bunga padi, anggerik, asam batu, bunga raya, kemboja dan mawar. v. Awan larat vi. Tulisan Khat Karya seni beliau sering dijadikan perhiasan dan alat kelengkapan perkahwinan antaranya:- i. Set bilik tidur (cadar, sarung bantal, kusyen, kipar, tetampan, ombak-ombak, tepak sireh, buah dan pengikat kelambu). ii. Hiasan pelamin ( kipas, cior-alas duduk pengantin, kusyen, ombak-ombak, tetampan, bantal inai dan sebagainya) iii. Kelengkapan rumah seperti tudung saji, sarung kusyen, hiasan dinding, cenderamata dan sebagainya. iv. Pakaian, kasut, beg tangan dan hiasan kepala. Puan Azizah turut meneroka penggunaan mesin dalam seni tekatan. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan mesin menpercepatkan sulaman namun kualiti dan keindahan tekatan benang emas masih terus dikekalkan. Perkara yang paling penting kos pengeluaran dapat dikurangkan dan ia memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki barangan tekatan. Sungguhpun demikian beliau masih terus mengusahakan tekatan tradisional menggunakan tangan kerana permintaan produk ini masih tinggi. SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT Puan Hajah Azizah terlalu banyak memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Komitmen yang diberikan kepada setiap program –program anjuran kerajaan digunakan sepenuhnya. i. 1990 Menjadi jurutunjuk bagi latihan KBSM kepada pelajar –pelajar sekolah di sekitar Kuala Kangsar, Perak ii. 1995 Menjadi Jurutunjuk di Kompleks Budaya Kraf, Langkawi iii. 1991 Menjadi jurutunjuk bagi Latihan Kemahiran Seni Tekatan kepada peserta PERKEB, Ulu Kinta, Perak iv. 1989 Menjadi jurutunjuk Latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang. v. 1988 Menjadi jurutunjuk kepada beliawanis dari Persatuan Anak Nelayan Negeri Pahang. vi. 1985 Menjadi jurutunjuk tekatan benang emas di Pekan, Pahang.   vii. 1984 – 1989 Kementerian Belia dan Sukan melantik beliau sebagai jurutunjuk tekatan untuk persatuan belia. Peserta yang terdiri daripada beliawanis dari seluruh negara dipilih mengikuti latihan tekatan benang emas. viii. 1980-an a. Puan Hajah Azizah menyertai KEMAS sebagai pengajar seni tekatan dan memberi latihan kepada beliawanis di sekitar Kuala Kangsar. b. Kraftangan Malaysia turut melantik beliau sebagai tenaga pengajar dalam bidang tekatan bagi membimbing pelatih Kraftangan Malaysia. Beliau turut membantu mempromosi tekatan benang emas dengan menyertai beberapa siri pameran dan demosntrasi di dalam dan luar negara, seperti:- i. 2000 a. Menyertai Pesta Kraf dan Seni Negeri Perak di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur b. Menyertai Pesta Seni dan Budaya Negeri Perak. c. Menyertai Pameran di Lake Town Resort, Bukit Merah sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong ke Perak Darul Ridzuan. ii. 1998 a. Menyertai Projek Anak Angkat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak b. Menyertai Fesatival Pekan Seni Ipoh III c. Menyertai Pesta Kesenian Negeri Perak iii. 1993 a. Menyertai pameran dan promosi di Ekspo Pulau Pinang. b. Menyertai pameran dan promosi sempena perasmian rumah Perak di Bukit Cahaya, Shah Alam. iv. 1990 Menyertai pameran dan jualan sempena pembukaan Muzium Pasir Salak Perak. v. 1988 & 1987 Menyertai pameran dan demonstrasi di Universiti Malaya. vi. 1984 Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysa menjemput membawa beliau sebagai wakili Malaysia ke Pameran Antarabangsa (Asean Centre) di Tokyo, Jepun untuk mempromosi tekatan benang emas. vii. Lain-lain penyertaan :- a. Pameran dan Jualan Karnival Singapura b. Pameran dan jualan di Muzium Ipoh Perak Sumbangan beliau dalam membangunkan aktiviti seni antaranya:- i. Menjadi Ahli Jawatankuasa Kesenian Perak di Universiti Malaya pada 7 hingga 12 Disember 1987. ii. Menjadi Jawatankuasa Persiapan Rumah ‘Kutai’ semasa perasmian tempat bersejarah Pasir Salak oleh DYMM Raja Muda Perak pada tahun 1989. iii. Menjadi Penyelengara barisan raptai beliawanis berpakaian tradisional di Majlis Keberangkatan Ratu Elizabeth II dan Prince Philip ke Kolej Melayu Kuala Kangsa, Perak. Beliau turut bergiat aktif dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan terutama di Kuala Kangsa. Sepanjang penglibatan tersebut beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting:- i. Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. ii. Ketua Wanita bagi Zon Bukit Chandan iii. Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar. iv. Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar v. Ketua Kumpulan Pembaca Surah Yassin. vi. Ketua Kumpulan Marhaban, Ketua Kumpulan Berzanji dan Ketua Kumpulan Nasyid. • Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1995. • Pada tahun 1986 beliau menubuhkan kedai khas untuk jualan barangan cenderamata, jahitan dan kraf iaitu Gesamas Sdn. Bhd. Yang bertanggungjawab mengendalikan tempahan dan pemasaran barangan tekatan sulaman benang emas atau tekatan. • 1985 menjadi johan pertandinagn menekat benang emas anjuran PUSPANITA Kuala Kangsar, Perak • 1982 menjadi johan dalam pertandingan menebuk empulur anjuran KEMAS di Ipoh, Perak. • Lain-lain :- a. Menjadi johan tekatan benang emas anjuran KEMAS di Ipoh. b. Menjadi johan tekatan benang emas peringkat Daerah Kuala Kangsar • Kegiatan beliau turut mendapat liputan daripada media masa temaptan :- i. RTM (Radio dan Televisyen) ii. Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) iii. Berita Harian iv. Utusan Malaysia PEWARIS • Empat orang anak beliau mewarisi kemahiran membuat tekatan iaitu:- i. Mardzian bt Hj Abu Kassim ii. Marshitah bt Hj Abu Kassim iii. Maizirah bt Hj Abu Kassim iv. Haris bin Hj Abu Kassim

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?