.
 

Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor

Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS KRAF JOHOR

 

JOHOR BAHRU, 4 OKTOBER 2016  – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Johor beralamat di Jalan Cenderasari, Off Jalan Datin Halimah, Larkin, Johor Bahru.

 

Hadir sama ialah Yang Berhormat Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor dan Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

 

Pada majlis ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tetamu jemputan dibawa melawat ke sekitar Kompleks Kraf Johor untuk memperkenalkan beberapa produk pelancongan yang menjadi tarikan utama terdapat di kompleks ini termasuklah Butik Karyaneka, Butik Vendor, Ole-ole Johor, Galeri Kraf dan Perkampungan Kraf.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri turut menyampaikan penghargaan kepada 24 agensi dan persatuan yang terlibat di dalam Focus Group Discussion (FGD) bagi mewujudkan Kompleks Kraf Johor. Pewujudan Kompleks Kraf Johor ini dijayakan bersama menerusi penglibatan pelbagai pihakdan agensi yang terlibat termasuklah Iskandar Regional Development Authority (IRDA) selaku rakan strategik utama, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Johor, Pelancongan Malaysia, Tourism Johor, Tourism Malaysia Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, Seni Pusaka, Johor City and Nature Tourist Guide Assiociation (JCTNGA), Run Solution, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Johor, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Angsana Johor Bahru Mall, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Arkib Negara Johor, Yayasan Warisan Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Think City Sdn Bhd, Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan Kelab Kereta Harimau Selatan.

 

 

TARIKAN DAN KEISTIMEWAAN KOMPLEKS KRAF JOHOR

 

Kompleks Kraf Johor menawarkan pelbagai produk pelancongan seni kraf kepada pengunjung tempatan dan juga dari luar negara berteraskan konsep pembudayaan, pemasaran dan pendidikan seperti :

 

  1. Jualan Kraf - Produk kraf yang berseni dan kontemporari seperti pakaian, perhiasan diri, hadiah dan cenderamata, kelengkapan rumah serta keperluan harian boleh diperolehi :

 

vButik Karyaneka – Pelbagai produk kraf autentik ditawarkan kepada pengunjung sebagai momento untuk dibawa pulang. Jenis produk yang dipromosikan termasuklah batik, produk anyaman, aksesori perhiasan diri, tenunan dll.

 

vButik Vendor – Secara eksklusif menawarkan produk usahawan negeri Johor. Butik ini berkonsepkan komuniti, lestari dan kepelbagaian dengan penglibatan masyarakat setempat. Butik yang diuruskan oleh Karyaneka ini menawarkan produk kraf hasil daripada 17 usahawan kraf negeri Johor.

 

vOle-Ole Johor – Outlet pertama di bawah Tourism Johor dengan mengetengahkan produk-produk cenderahati mampu milik seperti cenderahati kemahkotaan, ikon bangunan di Negeri Johor serta cenderahati produk yang mewakili 10 daerah di Negeri Johor.

 

vPerkampungan  Kraf – Terdapat 5 wakaf bercirikan perkampungan Melayu beroperasi setiap hari yang membolehkan para pengunjung mempelajari seni pembuatan produk kraf. Produk kraf yang menjadi tarikan seperti alat muzik tradisional, patung wayang kulit, cenderamata dan produk tembaga.

 

  1. Galeri Kraf -Pengunjung dapat memperolehmaklumat melalui pamerandan diorama seni pembuatan kraf alat muzik seperti gambus, kompang, kempling, gamelan dan wayang kulit. Himpunan koleksi seni kraf warisan dan budaya yang mencerminkan identiti negeri Johor dipamerkan di Galeri Kraf Kompleks Kraf Johor. Konsep penerokaan dan alami sendiri pembuatan kraf di galeri ini sebagai kelainan dan tarikan istimewa.

 

  1. Craft Bistro - menawarkan menu makanan asli Johor serta menu ala carte. Para pengunjung boleh menjamu selera sambil melihat suasana kehijauan di Kompleks Kraf Johor. Craft Bistro beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

 

 

Sempena sambutan Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor, satu acara promosi iaitu Havoc Market 2.0 turut berlangsung di perkarangan Kompleks Kraf Johor. Aktiviti ini diadakan pada 2 hingga 4 Oktober dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan mengetengahkan aktiviti seperti jualan, demonstrasi pembuatan kraf, interaktif kraf, permainan rakyat, pertandingan dan persembahan kesenian. – TAMAT.

 

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade