.
 

Majlis Konvokesyen IKN

Majlis Konvokesyen IKN

148 GRADUAN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) TERIMA DIPLOMA

DAN SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-15

 

RAWANG, 10 NOVEMBER 2016 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Konvokesyen IKN Ke-15 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara.

 

Hadir sama ialah :

 

Yang Berbahagia Datuk Haji Ab. Ghaffar A. Tambi

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan

dan Kebudayaan

 

Yang Berbahagia Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod

Pengerusi Kraftangan Malaysia

 

Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida Mokhtar

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

 

Yang Berbahagia Encik Yusak bin Haji Mahamud

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia

 

Yang Berusaha Encik Zainal Abidin Che Pa

Pengarah Kanan Institut Kraf Negara

 

Pada Majlis Konvokesyen IKN kali ini, seramai 148 orang graduan dari 6 Jurusan Seni Kraf iaitu batik, tenunan, kayu, logam, seramik dan  rotan serta buluhdianugerahkan Sijil dan Diploma masing-masing di mana daripada jumlah tersebut, seramai 52 orang graduan peringkat Sijil Seni Kraf manakala 96 orang lagi adalah graduan peringkat Diploma.

 

Sepanjang tempoh 15 tahun penubuhan IKN, seramai 2,223 orang graduan telah dilahirkan iaitu 1,177 orang graduan di peringkat Diploma dan 1,046 orang graduan di peringkat Sijil. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,846 orang graduan IKN atau 83 peratus graduan ini telah  terlibat  di dalam industri kraf tempatan.

 

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga turut menyampaikan penganugerahan hadiah kepada :

 

  1. Anugerah Terbaik Jurusan (Diploma) – 6 orang penerima
  2. Anugerah Terbaik Jurusan (Sijil) – 6 orang penerima
  3. Anugerah Terbaik IKN (Diploma & Sijil) – 2 orang penerima

     (senarai nama penerima dalam buku cenderamata)

 

Setiap penerima Anugerah Terbaik Jurusan (Diploma) menerima sijil dan cek bernilai RM1,000.00 manakala penerima Anugerah Terbaik Jurusan (Sijil) menerima sijil dan cek bernilai RM750.00. bagi penganugerahan Terbaik Keseluruhan IKN (Diploma & Sijil), masing-masing membawa pulang hadiah Piala Pusingan, Pingat Kecemerlangan, cek bernilai RM1,000.00 serta sijil khas.

 

Majlis Konvokesyen ini juga turut dimeriahkan dengan Hari Terbuka Institut Kraf Negara yang sedang berlangsung dari 9 hingga 11 November 2016, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang ramai seperti :

 

  • Demonstrasi & Interaktif Produk Kraf – Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik & Rotan
  • Pertandingan - Master Chef IKN(pelbagai jenis masakan kerabu), Pertandingan Bercerita Kanak-kanak, Pertandingan Permainan Dart dan Pertandingan Menyumpit
  • Persembahan Kebudayaan dan Seni Mempertahankan Diri  - Taekwondo, Silat Randai, Nyanyian dan Busking Muzik Akustika
  • Pameran dan jualan hasil pelajar

 

-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

KRAFTANGAN MALAYSIA

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

JALAN CONLAY

TEL : 03 – 2162 7533 / 2162 7459

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?