.
 

Maklumat Korporat

Kraftangan Malaysia merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ditubuhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, tahun 1979 dan Akta A562 Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Pindaan) 1983. Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia diketuai oleh Pengerusi, dan ahlinya yang terdiri daripada Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan wakil daripada agensi Kerajaan dan pihak swasta. Pentadbiran Kraftangan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bagi mencapai visi dan misi Kraftangan Malaysia selaras dengan objektifnya.

 

Visi

 

Menjadi pemimpin dalam pembangunan industri kraf negara yang kukuh dan berdaya saing.

 
Misi

 

Mengkomersialkan produk seni kraf melalui pembangunan pasaran, produk dan usahawan.

 

Objektif

 

  • Meningkatkan kesedaran dan minat terhadap penggunaan produk kraf tempatan;
  • Membangunkan produk berkualiti yang berorientasikan pasaran;
  • Memperluaskan saiz pasaran produk kraf;
  • Menggalakkan pertumbuhan dan memajukan industri kraf; dan
  • Menyediakan tenaga terlatih mengikut keperluan industri kraf.

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?