.
 

Anak Syarikat

Batik Eksklusif – Seni dan Warisan

 Kraf Holdings Sdn Bhd adalah merupakan anak syarikat pertama dimiliki sepenuhnya oleh Kraftangan Malaysia yang menjadi peneraju utama pengeluaran batik ekslusif untuk pasaran tempatan dan pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf

 

Penubuhan

 Ditubuhkan oleh Kraftangan Malaysia pada 2 Mac 1987 dan merupakan anak syarikat pertama dimiliki sepenuhnya oleh Kraftangan Malaysia.

 

Objektif Syarikat

 Menjadi peneraju utama pengeluaran batik eksklusif untuk pasaran tempatan dan pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf.

 

Aktiviti Utama

 Aktiviti utama syarikat ialah pengeluaran batik eksklusif untuk pasaran tempatan. Mulai tahun 2008, syarikat telah mengorak langkah dengan mengeluarkan batik eksklusif untuk pasaran antarabangsa, bermula dengan pembekalan ke pereka Malaysia yang bermastautin di Paris, untuk pasaran Eropah.

 

Pengeluaran batik eksklusif syarikat berperanan besar menampilkan kehalusan pembuatan dan reka corak batik yang sentiasa baru, yang melambangkan ketinggian kualiti pengeluarannya dan sering menjadi bahan cenderamata bagi majlis-majlis berprestij yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan Kementerian Perpaduan,Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

 

Syarikat turut berperanan memberi perkhidmatan pembekalan bahan mentah kain putih dari sumber kapas dan sutera yang dibeli terus dari negara China, Indonesia dan India untuk keperluan industri batik tempatan.

 

Kilang Pengeluaran

 Kilang pengeluaran syarikat terletak di Taman Rekreasi Templer, Rawang, Selangor, bersekali dengan Institut Kraf Negara yang menawarkan pelbagai kursus berkaitan seni kraf, termasuk Seni Kraf Batik di peringkat sijil dan diploma.

 Kerana dengan itu, Pereka-pereka Pengeluaran kami adalah mereka mereka yang terlatih dan mahir dalam melahirkan rekaan dan mengeluarkan produk.

 

Produk

 Kesemua produk syarikat terdiri dari pengeluaran yang menggunakan kain sutera dan kapas yang bermutu tinggi yang diimpot terus dari negara-negara pengeluarnya.

 Mulai tahun 2009, syarikat mengorak langkah setapak kehadapan dengan pengeluaran set kain pasang eksklusif dari Italian Silk.

 

Antara keluaran kami:

 

  • Set Kain Pasang Eksklusif yang terdiri dari kain pasang 4 meter, kain kemeja dan selendang.
  • Kain kemeja
  • Selendang
  • Set pareo
  • Blaus

 

Hubungi kami:

d/a Institut Kraf Negara, No. 1 Km 20 Jalan Ipoh Rawang,
48000 Rawang
Selangor

Monaliza bt Che Ann ( Pengurus )
Emel : monaliza@kraftangan.gov.my

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?