-
Pengenalan
Kompleks Kraf Langkawi merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Pulau Langkawi dan juga pusat kraf setempat, yang mempersembahkan pelbagai produk kraf autentik seperti batik, anyaman, ukiran kayu, logam, seramik serta aneka kraf.
-
Waktu Operasi
Setiap hari
10.00 pagi hingga 6.00 petang
-
Tarikan Utama
‘One Stop Center ‘ bagi jualan hasil kraf Malaysia
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
Pemuziuman dan Pendidikan Kraf
Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
Aktiviti interaktif kraf
Mewarna batik.
Kadar bayaran : RM10 pelancong tempatan dan RM15 pelancong asing.
Aktiviti lain – mendirikan keris dan menyumpit. (percuma)
-
Lawatan Berpandu
Penyertaan aktiviti lawatan berpandu berkumpulan, sila hubungi pegawai di Kompleks Kraf Langkawi En. Mohamad Fitri di talian 013-4997833 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Nik Azreen di talian 012-5547607 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
Galeri Foto
-
Hubungi Kami
Kompleks Kraf Langkawi Malaysia
Teluk Yu, Mukim Bohor
07000 Langkawi.
Tel:04-9591913 Faks:04-9592340