.
 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

PUSAT KRAF SETEMPAT
‘’Destinasi Patut Dilawati”

 

Kompleks Kraf Kuala Lumpur, ikonik seni di kota raya menawarkan produk pelancongan seni kraf untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks bercirikan seni bina Melayu Terengganu menghimpunkan produk–produk kraf tangan tradisi mahupun moden kontemporari dari seluruh negara.

 

Kompleks Kraf mengetengahkan panorama desa dengan landskap berkonsepkan Malaysiana membezakan Kompleks Kraf dengan gedung beli- belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur dengan berteraskan tiga konsep pendidikan, pemasaran dan pembudayaan.Mengunjungi Kompleks Kraf menerokai kehidupan masyarakat Malaysia.

 

Autentik Kraf Malaysia

Kompleks Kraf Kuala Lumpur menawarkan kepelbagaian produk autentik sebagai cenderahati, hiasan dalaman, perhiasan diri, fesyen tekstil terkini, produk hiasan laman dan taman mahupun kegunaan harian. Keunikan produk-produk cenderahati ini boleh didapati di Kedai Karyaneka Cenderamata dan SDSI CraftShoppe. Kedai Karyaneka Korporat pula menawarkan produk-produk cenderamata korporat daripada logam perak, tembaga, piuter, kayu dan kristal.

Peminat-peminat fesyen terkini boleh memperoleh tekstil Malaysia batik, tenunan dan songket boleh di Karyaneka Kraf Butik. Produk-produk khas yang mempunyai konsep dan bertema dengan pengekalan elemen tradisi kontemporari direka khas oleh pereka-pereka dalaman dipamerkan khas untuk jualan dilobi Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan dikenali dengan jenama PREKA.

 

Pembudayaan
Penghayatan Suatu Peradaban

 

Muzium kraf menyalurkan maklumat dalam peradaban seni kraf melalui pameran artifak-artifak lama di samping paparan teknologi dahulu dalam menghasilkan produk kraf serta proses pembuatan. Pameran berkonsepkan diorama merupakan usaha-usaha pemuliharaan, pendokumentasian dan disampaikan sebagai unsur pendidikan kepada generasi kini.

Aktiviti-aktiviti pendidikan dan kenali pendidikan muzium mengajak pengunjung mengambil bahagian seterusnya menghargai usaha-usaha tokoh kraf memartabatkan kraf sebagai sumber kehidupan harian.

 

Pendidikan

Keunikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur dikenali dengan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan melalui elemen pendidikan yang diterapkan pada setiap produk pelancongan. Ekspresi sendiri pengalaman menghasilkan produk kraf di Perkampungan Kraf dalam seni pembuatan batik, beg, ukiran kayu, seramik, logam, piuter dan penghasilan aksesori perhiasan diri.

Berkunjung di perkampungan pelukis menyaksikan karyawan seni memperagakan hasil seni berimej Malaysia dari pelbagai medium, gaya dan bentuk yang diterjemahkan melalui kanvas, teknik catan mahupun potret memberikan satu santapan jiwa yang menarik. Pengunjung boleh berinteraksi serta menyaksikan karyawan seni meluahkan idea dan ilham serta mempelajari seni catan.

 

Pemakanan
Craft Delight menyediakan ruang penyajian makanan tempatan yang lazat dan dengan harga yang berpatutan

 

Pusat Rujukan PrekaCentre

Pusat informasi pereka, rekaan dan produk kraf yang diselarikan dengan peredaran zaman, trend dan permintaan pasaran. Preka Centre tempat aktiviti perkongsian ilmu yang dilaksanakan bersama pereka, usahawan, ahli akademik serta penggiat kraf.

 

KEMUDAHAN SEMINAR, KURSUS DAN ACARA

Tersedia kemudahan-kemudahan komuniti dan sosial yang boleh disewa oleh syarikat-syarikat konglomerat, swasta, agensi kerajaan serta orang perseorangan bagi aktiviti perkahwinan, acara korporat , jamuan makan, majlis perasmian, seminar dan aktiviti-aktiviti riadah.

Dewan Sri Utama – Memuatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa untuk satu untuk jamuan makan dan seminar.

Panggung Sari – Ruang amphiteater dengan rekaan ukiran kraf bercirikan moden dan tradisional dilengkapi kemudahan sistem bunyi dan LED skrin. Boleh memuatkan seramai 600 hingga 700 orang. Sesuai bagi acara korporat dan perasmian.

Laman Wau – ruang berukiran moden dan tradisional yang dilengkapi dengan tata rias dan pencahayaan, kemudahan sistem bunyi dan LED skrin sesuai untuk aktiviti berskala kecil dan santai. Boleh memuatkan seramai 100 hingga 150 orang.

 

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade