Festival Kraf Melaka 2019

Kategori
Kraftangan Malaysia
Tarikh
27 Mac 2019 10:00 AM - 30 Mac 2019 10:00 PM
Tempat
Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir Melaka

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka (TMM) dengan bertemakan A Gateway to Historic Malaysia. Pelbagai acara dan program menarik bakal disajikan kepada pelancong untuk mencapai sasaran seramai 20.0 juta orang kedatangan pelancong pada tahun 2019. Oleh itu, Kraftangan Malaysia mengambil peluang ini untuk menganjurkan aktiviti Festival Kraf Melaka bagi mempromosi dan memasarkan produk kraf di lokasi tumpuan pelancong serta mengangkat seni warisan kraf tempatan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir ke Melaka. Penganjuran ini juga bersempena Festival Kraf Kebangsaan 2019 yang disambut sepanjang bulan Mac 2019.

 
 

Powered by iCagenda

Facebook
Twitter
Instagram
Kod QR
RSS
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.