.
 

Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur

Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur

 klicfpromo

FESTIVAL KRAF ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI DAN SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

 

KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2016 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Pra Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2016 yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysiabertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

 

Hadir sama ialah :

 

Yang Berbahagia Datuk Haji Ab. Ghaffar A. Tambi

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan

dan Kebudayaan

 

Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida Mokhtar

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

 

Yang Berbahagia Dato’ Haji Sulaiman Othman

Ahli Lembaga Pengarah

Kraftangan Malaysia

 

Yang Berbahagia Encik Yusak bin Haji Mahamud

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia

 

Penganjuran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) selama empat hari  yang bakal berlangsung buat kali kedua dengan membawakan tema ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’ akan menampilkan seramai 450 orang usahawan kraf dari 33 buah negara. Usaha Kraftangan Malaysia mengumpulkan kesemua usahawan kraf dari serata dunia di bawah satu bumbung ini, ternyata membawa hasil apabila penganjuran pertama aktiviti ini pada tahun 2015 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung tempatan juga dari luar negara.

 

Bermatlamat mempromosikan produk kraf tempatan ke peringkat antarabangsa dan juga mempromosikan keunikan produk kraf dari negara luar, Festival kali ini akan disertai oleh negara Azerbaijan, Brunei, Bhutan, Bosnia, China, Ecuador, Egypt, Ghana, India, Iran, Indonesia, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Mauritius, Mexico, Morocco, Nepal, Peru, The Philippines, Pakistan,  Republic of Guinea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turki, Uzbekistan, Venezuela, United States of America dan Malaysia.

 

Tahun ke dua penganjuran aktiviti ini, KLICF 2016 akan mengenengahkan koleksi fabrik dengan kepelbagaian reka corak dan rekaan yang dihasilkan oleh negara-negara peserta.  Himpunan koleksi fabrik antarabangsa ini merupakan julung-julung kalinya diadakan khusus kepada peminat tekstil dari dalam dan luar negara.

 

Aktiviti yang bakal disajikan sepanjang berlangsungnya Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur adalah :

 

v  Jualan Kraf – ( Domestik – 280 orang usahawan, Antarabangsa – 140 orang usahawan)

 

v  Demonstrasi

( Domestik – 20 orang usahawan )

-          Membuat acuan atau sarang batik blok

-          Membuat batik blok, batik canting, batik ikat celup dan batik shibori.

-          Tenunan songket Terengganu

-          Tenunan songket suku Kaum Sungai dari Sabah

-          Tenun Pahang Diraja

-          Tenun pua

-          Tenun dastar

-          Tekatan benang emas

-          Sulaman keringkam

-          Jahitan / sulaman tampal (patchwork)

(Antarabangsa – 10 orang usahawan)

-               Tenunan songket, tenunan kain  dan pembuatan seramik dari India

-               Perhiasan diri menggunakan bahan organik  dari Ecuador

-               Tenunan ikat Sumba dari Indonesia

-               Seni lukis dari Iran

-               Pembuatan alat muzik tradisional dari Kazakhstan

-               Pembuatan beg dari Mynmar

-               Tekstil dari Filipina

-               Sabun buatan tangan dari Singapura

-               Aneka kraf dari Thailand

-               Aneka kraf dari Argentina.

 

vPersembahan Kebudayaan – Malaysia akan mempersembahan tarian topeng dari suku kaum Mah Meri serta dikir barat.  Manakala Turki, Indonesia, Thai dan Filipina akan mempersembahkan tarian tradisional dari negara masing-masing.

 

Adalah menjadi harapan dengan penganjuran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur ini mampumenjadi platform kepada usahawan kraf tempatan terutamanya dalam berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan berkaitan seni kraf dengan usahawan dari luar negara. Peluang ini perlu dimanfaatkan untuk terus meningkatkan pengeluaran produk kraf dan seterusnya membangunkan industri kraf negara.  Diharapkan usaha-usaha sebegini membantu meletakkan Malaysia terus sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menjadi pilihan utama. -TAMAT-

 

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

KRAFTANGAN MALAYSIA

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

JALAN CONLAY

TEL : 03 – 2162 7533 / 2162 7459

 

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?