Tujuan utama Majlis Bersama Jabatan (MBJ) diwujudkan adalah sebagai salah satu saluran dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk
berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan
dan kebaikan organisasi.