Oleh : Wan Zakiroh bt Megat Sulaiman
Emel : wan[at]kraftangan.gov.my
Bahagian : Komunikasi Korporat
Kuala Lumpur – Majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (YIRMI) akan diadakan pada hari ini, jam 8.00 Malam di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Majlis Pelancaran YIRMI akan disusuli dengan Konsert Nusantara Bertemakan “Serumpun Sebudaya”. Konsert ini akan berlangsung selama tiga (3) hari, mulai hari ini hingga 9 Mac 2013 melibatkan Persembahan Kebudayaan Indonesia dan Malaysia. Majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) dan Konsert Nusantara merupakan cetusan idea YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan kekayaan lagu, muzik dan tari Nusantara dengan penekanan kepada budaya masyarakat Indonesia dan Malaysia.
Tujuan pementasan ini adalah untuk memaparkan dua negara serumpun di mana penghijrahan antara masyarakat-masyarakat tersebut telah menyebabkan gabungan dan pencampuran budaya di Malaysia walaupun terdapat sedikit persamaan namun perbezaan budaya antara dua negara tetap terserlah. Kerjasama ini juga memperlihatkan hubungan mesra antara Malaysia dan Indonesia dalam menjayakan sebuah pementasan. Persembahan tarian dan lagu-lagu rakyat popular dari Indonesia melibatkan suku bangsa Bugis, Bawean, Acheh, Batak, Mandailing, Jawa dan Minang. Manakala artis popular Indonesia dan Malaysia yang mengambil bahagian terdiri daripada Rossa, Dato’ Siti Nurhaliza, Endang S. Taurina, Elly Kassim, Dato’ M. Nasir, Dato’ Yusni Hamid, Bob Yusof, Yazer, Ziana Zain, Hafiz, Black dan Stacy.
Pertanyaan mengenai harga tiket boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-4026 5555/5558 atau layari portal/web www.Istanabudaya.gov.my. Harga tiket bermula daripada serendah RM50, RM70, RM100, RM150, RM200, RM250 dan RM300. Tiket-tiket boleh juga didapati dengan melayari laman web redtix.airasia.com atau http://www.airasiaredtix.com dan juga boleh hubungi terus di talian 03-8775 4666.

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra-sejarah.
