.
 

32 Negara Bakal Sertai Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015







32 Negara Bakal Sertai Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) yang diadakan bermula 10 hingga 13 September 2015 iaitu selama 4 hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

 

 

Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015 merupakan salah satu aktiviti anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, festival ini juga merupakan platform kepada usahawan-usahawan kraf tempatan mahupun antarabangsa mempelajari dan bertukar maklumat mengenai kraf dan budaya di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, festival ini mampu memperluaskan rantaian perniagaan di kalangan para pengeluar kraf dan pempamer, bahkan juga menjadi tarikan baru dan kelainan kepada para pengunjung.

 

 

Sebanyak 32 buah negara mengambil bahagian antaranya Azerbaijan, Bhutan, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, Bosnia, Egypt, Republic of Guinea, Tanzania, Mauritius, Ghana, Mexico, Amerika Syarikat, Ecuador, Peru dan Venezuela.

 

 

Bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’, festival ini mengetengahkan 430 orang usahawan menerusi aktiviti seperti jualan kraf, demonstrasi dan persembahan kebudayaan.  Pelbagai aktiviti sempena Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF 2015) iaitu seperti jualan kraf (domestik dan antarabangsa), demonstrasi (antarabangsa) seperti pembuatan kasut (Bosnia), ukiran jade (China), ukiran kayu (Ecuador), sulaman tangan (India), perhiasan dan aksesori (India), lukisan benang/ ukiran jade (Mexico), ukiran batu jade (Mexico), sulaman (Morocco), tenunan (Filipina), pareo (USA) dan tekstil ikat celup (Uzbekistan). Demonstrasi (domestik) pula mengetengahkan pembuatan seperti sulaman nyonya, tekatan, sulaman kelingkam, selendang, tudung saji (rotan & mengkuang), gambus, tembaga, mata parang, aksesori cincin dan gelang serta kuda kepang.

 

 

Saksikan juga Persembahan Kebudayaan Antarabangsa seperti iaitu Mexican Folk Music  dari Mexico, Tarian Jyapu Dhimey dari Nepal, Tarian Peruvian Folk dari Peru dan Tarian Tidtu Paganay dari Filipina selain Tarian Topeng dan Tarian Naga Cina yang mewakili Malaysia.

 

 

Terdahulu, Majlis Sidang Media Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015 disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 1 September lalu bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Seri Siti Azizah binti Sheikh Abod, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

 

 

Juru Lapor     :           Fazlin binti Mohamad Zaki

Bahagian      :           Komunikasi Korporat

 

Pautan Kraf

MALAYSIA CRAFT   KARYANEKA   INSTITUT KRAF NEGARA

Pautan Agensi


ARKIB   ASWARA   ISTANA BUDAYA   ISLAMIC TOURISM CENTER   JKKN
LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA   JABATAN MUZIUM MALAYSIA   MALAYSIA CONVENTION & EXHIBITION BUREAU   PERPUSTAKAAN   TOURISM MALAYSIA   WARISAN

Pautan Lain

1Malaysia   Dewan Bahasa dan Pustaka   eKL   ePerolehan   Institut Integriti Malaysia   Institut Kraf Negara  Mampu  Matrade   Miti   Motac   msc   myGovernment   Pemudah
minus reset size plus
blue red green
hivic strong soft reset

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade