.
 

26 Usahawan Songket Menerima Sijil Pematuhan Standard MS 1747 : Bahagian 1 : 2007 Songket Malaysia

26 Usahawan Songket Menerima Sijil Pematuhan Standard MS 1747 : Bahagian 1 : 2007 Songket Malaysia

Pada 18 April lalu telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS 1747 : Bahagian 1 : Songket Malaysia yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida Mokhtar, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

 

Hadir sama ialah  Yang Berusaha Encik Yusak bin Haji Mahamud, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia serta Encik Kamaruzaman bin Haji Idris, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

 

Pada majlis tersebut, seramai 26 usahawan kraf songket menerima Sijil Pematuhan Standard MS 1747 : Bahagian 1 : Songket Malaysia. Kesemua usahawan adalah dari Negeri Terengganu. Standard ini dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia dengan kerjasama  SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia bagi memperincikan kriteria-kriteria kualiti yang perlu dipatuhi oleh pengeluar-pengeluar produk Songket Malaysia bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti. Standard ini menentukan definisi, keperluan bahan, spesifikasi teknik, proses-proses, kaedah ujian dan kerja melabel tekstil yang ditakrifkan sebagai Songket Malaysia.

 

Bersempena majlis tersebut, Kraftangan Malaysia juga mengadakan Taklimat Standard MS 1747 : Bahagian 1 : Songket Malaysia kepada usahawan-usahawan kraf songket dari seluruh Negeri Terengganu. Tujuannya ialah bagi memberi penerangan lanjut mengenai kepentingan standard songket dan manfaatnya kepada usahawan kraf songket. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Latif Dirun, Pengarah Unit Teknikal, Kraftangan Malaysia. Selain itu, usahawan-usahawan kraf juga dibawa melawat ke Makmal Standard dan Galeri Pameran yang terdapat dalam premis Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Standard Tenun

Kraftangan Tag Cloud

Undian Kraftangan

Adakah anda berpuashati dengan Laman Web Kraftangan?
  • slightmade